Skip to main content

Rencana

Kempen ‘Give Ur Paddle A Second Chance’ bantu peminat cilik Pickleball di Putrajaya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

give-ur-paddle-2nd-chance.jpg
Persatuan Pickleball Putrajaya baru-baru ini melancarkan kempen ‘Give Ur Paddle A Second Chance’ yang dilihat menampilkan objektif serampang dua mata iaitu menyelesaikan masalah pembaziran paddle dan membantu pelajar sekolah di Putrajaya yang berminat untuk mula bermain pickleball.

Umum mengetahui pickleball memerlukan paddle khas untuk dimainkan sama seperti badminton dan tennis, yang boleh menjadi kekangan kepada sebilangan besar pelajar sekolah yang baharu mahu berjinak-jinak dengan pickleball.

Kebanyakan pemain pickleball pula menjalani transisi dari tahap beginner ke intermediate dan seterusnya advanced, pastinya memiliki lebih daripada satu jenis paddle dan berkemungkinan besar sudah tidak lagi menyentuh paddle yang pernah dimainkan pada awal penglibatan.

Menerusi inisiatif ini, tiada paddle yang harus dibazirkan lagi kerana ia kini boleh didermakan dan akan diagihkan kepada pelajar sekolah yang memerlukan di sekitar Putrajaya untuk tujuan pembelajaran, sekaligus membantu mengurangkan perbelanjaan mereka untuk mula terbabit dengan pickleball.

Persatuan Pickleball Putrajaya antara badan yang bergiat aktif dalam mempromosikan pickleball ke tahap yang lebih tinggi di negara ini dan difahamkan hasrat untuk melihat pickleball dimainkan di Sukan Malaysia (SUKMA) semakin hampir menjadi kenyataan apabila bakal diketengahkan sebagai acara pertunjukkan pada penganjuran edisi 2026.

Justeru itu, sekiranya anda adalah salah seorang pemain pickleball yang memiliki banyak paddle dan sudah tidak lagi digunakan atau merancang untuk membuang sahaja paddle tersebut, bolehlah ubah fikiran anda dan menyokong usaha murni yang mampu melahirkan ramai pemain pickleball handalan masa hadapan ini dengan menghubungi Persatuan Pickleball Putrajaya di laman sosial mereka.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video