Masih segar dengan kemenangan membaham Liverpool 5-0 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris minggu lalu, pengedali Manchester City, Pep Guardiola, mahu anak-anak buahnya mengekalkan momentum kemenangan dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah yang akan bermula minggu ini.
Dengan pemain-pemain tonggak The Citizen seperti Gabriel Jesus, Sergio Aguero, Kevin De Bruyne dan David Silva berada pada prestasi terbaik, lawan mereka pada perlawanan pertama iaitu Feyenoord tentunya mahu mengelak dari menjadi pasukan belasahan dalam perlawanan yang akan berlangsung di Rotterdam.
Untuk rekod, Pep Guardiola mempunyai sasaran yang tinggi dalam Liga Juara-Juara Eropah selepas membelanjakan hampir RM 1.1 bilion untuk memperkuatkan pasukan bagi saingan musim ini. Penambahan pemain baru dilihat lebih menjurus kepada menambah baik kekebalan di bahagian pertahanan dan juga tengah.
Lawan mereka Feyenoord yang dibimbing Giovanni Van Bronckhorst pastinya pening memikirkan strategi yang perlu dirangka apatah lagi tonggak utama mereka, Nicolai Jorgensen mengalami kecederaan pada aksi Liga Eredivisie mereka baru-baru ini.
Mungkin sedikit kekurangan Manchester City yang boleh dimanfaatkan adalah ketiadaan penjaga gol termahal dunia, Ederson yang mungkin tidak bermain selepas mengalami kecederaan di bahagian muka dalam perlawanan bertemu Liverpool.
Dayang walaupun bukanlah peminat The Citizen, namun Dayang tetap menyokong pasukan dari Liga Perdana Inggeris dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah. Dayang berasakan City tidak akan berdepan laluan sukar biarpun umum mengetahui pasukan-pasukan dalam Liga Eredivisie terkenal dengan stamina yang tinggi sepanjang 90 minit permainan.
Selain dari Manchester City, Chelsea, Tottenham Hotspur, Manchester United dan juga Liverpool turut akan turun beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah yang akan membuka tirai awal pagi ini.