Selesa dangan 12 mata menerajui kumpulan C Piala Malaysia, Kedah nampaknya lebih santai dan bersahaja menjelang pertemuan dengan Kelantan di Stadium Darul Aman.
Reaksi dari jurulatih Kedah Nidzam Adzhar Yusof begitu yakin kedudukan mereka tidak mampu digugat Melaka yang perlu melepasi syarat kemenangan besar untuk merampas kedudukan pertama kumpulan C ketika ini.
"Mustahil rasanya Melaka mampu mengatasi kedudukan Kedah ketika ini, sebab syarat yang perlu dilepasi mereka adalah kemenangan besar sekurang kurangnya 6-0 ke atas UiTM."
Tidak hairan Nidzam tidak bimbang dengan ketiadaan tujuh pemain utamanya membabitkan Baddrol Bakhtiar, Farhan Abu Bakar, Fitri Omar, Rizal Ghazali, Akram Mahinan, Syazwan Zainon dan Khairul Helmi Johari yang diberi cuti selepas kepulangan mereka daripada tugasan kebangsaan bersama Nelo Vingada.
Sebaliknya tugasan disandarkan kepada skuad kedua bersama dengan kehadiran dua pemain dari Piala Presiden selain empat import Ken Ilso, Sandro Mendoca, Zackhery Anderson dan Liridon Krasniqi yang akan menjadi tiang utama Kedah pada Sabtu.
Sandro sendiri diberi tanggungjawab utama selaku kapten Kedah buat kali pertama selepas kelibat Baddrol Bakhtiar, Khairul Helmi Johari dan Syawal Nordin tiada dalam perancangan Nidzam kali ini.
Pemilihan Sandro merujuk kepada kredibiliti dan komitmen pemain dari Brazil ini sendiri yang tidak dapat di sangkal mana-mana pihak selain rekod bersih tidak pernah gagal ke sesi latihan Kedah sejak beliau menyarung jersi Kedah pada 2015.
"Sudah lama saya mahu lihat Sandro menggalas tanggungjawab mengepalai pasukan. Selepas sambutan Hari Raya Korban baru baru ini saya nekad aksi pertama selepas cuti panjang, pemain ini perlu diberi peluang." Itu reaksi Nidzam sebelum mengakhiri perbualan kami ketika sesi latihan akhir di Stadium Mini Paremba.