Skip to main content

Rencana

Kante aibkan Sanchez dalam gaji mingguan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kante.jpg
Dalam tempoh hanya lima tahun, N'Golo Kante, telah meningkat daripada pemain divisyen tiga Perancis kepada pemain bergaji termahal di Chelsea.

Namun, dia bukanlah pemain terkaya dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pemain tengah skuad The Blues itu, yang juga pemenang pingat juara Piala Dunia bersama Perancis, Julai lalu, baru menandatangani perjanjian lanjutan bernilai £290,000 (RM 1.56 juta) seminggu pada minggu lalu.

Gaji terbaru Kante itu hampir berganda daripada £150,000 (RM807,000) sebelumnya – sekali gus mengangkatnya di tahap yang sama dengan gaji Paul Pogba di Manchester United.

Hairannya, berlawanan dengan prestasi masing-masing, Mesut Ozil dan Alexis Sanchez hanyalah dua lagi pemain dalam EPL yang bergaji lebih besar.

Pemain perancang itu – yang menerima kritikan hebat penyokong Jerman dalam Piala Dunia lalu di samping hambar bersama Arsenal – dilaporkan menerima gaji £350,000 (RM1.88 juta) seminggu.

Harus lebih menghairankan, Sanchez, yang rata-rata dianggap pembelian yang silap dan sering disisihkan oleh pengurus United, Jose Mourinho, adalah pemain bergaji termahal dalam EPL ketika ini dengan gaji £500,000 (RM2.7 juta) seminggu di Old Trafford.

Menurut laman sesawang soccerladuma.co.za, melonjaknya Kante selaku salah seorang pemain bergaji termahal dalam EPL, umpama satu kisah dongeng bola sepak moden.

Apatah lagi, hanya lima tahun lalu, dia beraksi untuk Boulogne dalam Ligue 3 di Perancis.

Jelas, pemain rajin ini tidak menoleh ke belakang lagi sejak itu dengan meraih gelajaran juara EPL berturut-turut bersama Leicester City and Chelsea, disusuli oleh kejayaan menjulang Piala Dunia FIFA bersama Les Bleus.

Seharusnya ia menerbitkan kesipuan daripada Sanchez yang dianggap satu pembaziran  – kesilapan terbesar Mourinho dalam pembelian pada jendela perpindahan pertengahan musim lalu.

Adakah sesiapa “punya masa untuk pening kepala” mengapa United sekadar di tangga ketujuh, dibezakan 14 mata dengan musuh setempat, Manchester City, di tangga teratas ketika ini?

PEMAIN DENGAN GAJI MINGGUAN TERMAHAL DALAM EPL

1) Alexis Sanchez (Manchester United) – £500,000
2) Mesut Ozil (Arsenal) – £350,000
3) Paul Pogba (Manchester United) – £290,000
3) N’Golo Kante (Chelsea) – £290,000
5) Sergio Aguero (Manchester City) – £260,000
6) Kevin de Bruyne (Manchester City) – £250,000
7) Romelu Lukaku (Manchester United) – £245,000
8) Eden Hazard (Chelsea) – £220,000
9) Cesc Fabregas (Chelsea) – £210,000
10) David de Gea (Manchester United) – £200,005
11) Harry Kane (Tottenham Hotspur) – £200,000
12) Mohamed Salah (Liverpool) – £200,000


 

Advertisement

Must Watch Video