Ramai yang sedih melihat tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Datuk Keramat, Kuala Lumpur, dua minggu lalu hingga mengorbankan 25 mangsa.
Segelintir individu bertindak membantu menghulurkan bantuan, salah seorang daripadanya juara keirin dunia, Azizulhasni Awang.
The Pocketrocketman sanggup menyerahkan sarung tangan yang jadi saksi dia rangkul pingat gangsa keirin Sukan Olimpik Rio 2016 untuk dilelong.
Dalam hidup pelumba trek, ada lima senjata yang akan bantunya berjuang di velodrom iaitu basikal, 'skinsuit', helmet, kasut dan sarung tangan.

Dalam hal ini, Azizul menyerahkan salah satu daripada senjatanya atas nama kebajikan.
Lelongan dijalankan secara atas talian menerusi syarikat pengurusannya, Three Sixty Management Sdn Bhd.
"Dengan persetujuan Azizul, kami ingin melancarkan satu lelongan amal menerusi laman media Instagram (threesixtymgmt) dan hasil lelongan itu akan disalurkan kepada pusat tahfiz terbabit. Diharap sumbangan ini dapat menampung apa yang perlu," kata syarikat terbabit.
Apa yang menarik, lelongan itu mendapat reaksi pelbagai pihak.
"Jangan buang masa, RM5,000," bida Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
Ia bidaan tertinggi setakat ini namun netizen masih mempunyai masa kerana tarikh lelongan akan berakhir 8 malam Selasa (26 September 2017).
Antara yang dipaut untuk membida ialah jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida dan Datuk Aliff Syukri Kamarzaman.
"Saya harap harga lelongan ini akan terus meningkat. Ia sumbangan kecil yang mampu saya lakukan sebagai rakyat Malaysia. Semoga ia dapat membantu mereka yang memerlukan," kata Azizul.
Apa yang menarik, ini bukan kali pertama Azizul menghulurkan bantuan.
Pada 2015, dia pernah melelong sarung tangan 'Save Gaza' yang digunakan ketika raih pingat gangsa keirin Sukan Komanwel untuk bantu mangsa perang di Gaza, Palestin.
Sarung tangan itu dibeli pengurus skuad olahraga negara, Datuk Salim Parlan dengan nilai RM10,000.
Semoga usaha ini dapat membantu pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.
Terima kasih Azizul. Anda juara dunia yang pemurah!