Liverpool kini berpeluang untuk merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris selepas sekian lama kemarau gelaran juara hampir 30 tahun.
Prestasi cemerlang yang dipamerkan anak-anak buah Jurgen Klopp musim ini dilihat begitu mendadak sehinggakan ada yang mengatakan bahawa mereka adalah pasukan terkuat dalam Liga Perdana Inggeris setakat ini.
Bagaimanapun, pengendali kelahiran Jerman itu mengakui mereka masih belum menang apa-apa piala musim ini.
Biarpun memimpin carta liga dengan 54 mata selepas 20 perlawanan, masih ada baki 18 perlawanan dan apa sahaja boleh berlaku.
Terbaru, The Reds cemerlang membelasah Arsenal 5-1 dan turut menang perlawanan sebelumnya 4-0 berdepan Newcastle United.
Keserasian trio serangan mereka Mohemad Salah-Roberto Firmino-Sadio Mane tidak boleh dipertikaikan lagi, ditambah pula kekebalan barisan pertahanan yang diketuai Virgil Van Dijk yang hanya melepaskan lapan gol liga sahaja setakat ini.
Keupayaan Jurgen Klopp dan anak-anak buahnya akan benar-benar teruji apabila mereka bertandang ke Stadium Etihad untuk perlawanan seterusnya berdepan Manchester City.
Ini merupakan perlawanan kedua kedua-dua pasukan itu untuk saingan liga musim ini selepas sekadar terikat seri tanpa jaringan pada pertemuan di Anfield.
Biarpun City tewas mengejut dalam dua perlawanan terakhir mereka, Klopp percaya anak-anak buahnya harus berwaspada apatah lagi mereka bertandang ke gelanggang lawan.
Liverpool muncul satu-satunya pasukan yang belum tewas dalam saingan liga setakat ini, dan pastinya mereka mahu mengekalkan rekod baik tersebut.
Andai kemenangan mampu diraih ke atas City, Liverpool mempunyai peluang yang sangat cerah untuk kekal memimpin carta liga dan secara tidak langsung ianya memberikan motivasi kepada pemain.
Penulis memuji sikap professional yang dimiliki Klopp kerana biarpun berada di puncak liga, Klopp tetap realistik dan berwaspada dengan ancaman pasukan lain terutamanya Manchester City dan Tottenham Hotspur.
Biarpun amat berpuas hati dengan aksi anak-anak buahnya setakat ini, Klopp tetap mahukan pemainnya memberikan lebih lagi agar impian Liverpool untuk menjulang kejuaraan liga menjadi kenyataan.