Skip to main content

Rencana

Jangan buat lagi

bazly.jpg
Ribuan ucapan terima kasih di media sosial selepas berakhirnya Sukan SEA Filipina 2019.

Ramai memuji, ramai juga yang mengkritik tetapi secara am, kita patut menghargai usaha Filipina menjayakan temasya sukan terbesar rantau ini.

Ingat, 2019 bukan giliran mereka tetapi Filipina hadir sebagai pengganti kepada Brunei yang menolak tawaran Persekutuan Sukan SEA  (SGF).

Maka, tidak patut kita menghentam membuta tuli kerana mereka muncul sebagai penyelamat sebenarnya.

Bagi Astro Arena, kami berjaya melepasi ujian berat aspek penyiaran.

Siaran langsung 18 jam sehari dengan hanya ada 11 venue yang mampu memenuhi kehendak penonton.

Jadi, semua kakitangan Astro Arena perlu bekerja keras untuk mengisi slot hingga tiba waktunya untuk ’siaran langsung’ aksi membabitkan atlet negara.

Pantang stesen televisyen, skrin tidak boleh kosong ‘black’ -- setiap saat perlu diisi. Itulah tugas kami.

Tahniah kepada atlet, jurulatih dan pegawai sukan negara kerana dedikasi dan kesungguhan menggalas tugas negara.

Benar, sasaran 70 emas gagal dicapai.

Tetapi saya melihat apa yang anda lakukan. Kami sampaikan kepada rakyat Malaysia dan moga mereka juga merasai apa yang kami rasa.

Kepada penonton, terima kasih kerana menyokong Astro Arena.

Terima kasih kerana mendoakan keselamatan kami ketika Taufan Kammuri.

Terima kasih kerana bergelak ketawa sepanjang temasya ini.

Terima kasih Filipina.

Mohon jangan buat lagi venue berpecah kepada empat kluster, Manila, Clark, Subic dan Selatan Luzon - pening kepala!

Jumpa lagi di Vietnam 2021.

Advertisement

Must Watch Video