Akhirnya tempoh kedua yang mengecewakan buat James Rodriguez atau terowong masa yang serba gelap sudah berpenghujung.
Setahun selepas kembali ke Estadio Santiago Bernabeu sesudah berakhir tempoh pinjamannya di Bayern Munich, anak emas skuad kebangsaan Colombia itu dengan rasminya menyertai kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Everton.
Apabila pemain tengah itu kembali ke Sepanyol tahun lalu, terbit harapan untuk dia mengulangi sentuhan cemerlangnya dalam jersi Los Blancos.
Namun, ia tidak menjadi seperti diharapkannya.
Sejurus meninggalkan Real Madrid untuk melepaskan diri daripada cengkaman Zinedine Zidane ketika kali pertama itu, James kembali ke kelab itu untuk bersemuka dengan pengurus yang sama di bangku pemain simpanan – sewaktu dengan kembalinya pengurus itu buat kali kedua.
.jpg)
Legenda Perancis itu menawarkannya peluang beraksi buat beberapa bulan permulaan tapi kecederaan membantutkan musim buatnya dan keadaannya tidak lagi sama sesudah itu.
Zidane menurunkannya dalam perlawanan-perlawanan piala tapi pemain itu tidak pernah diyakini yang dia akan dikekalkan dalam jendela perpindahan musim panas baru-baru ini.
Kesudahannya, dia hanya diturunkan 14 kali sepanjang musim 2019/20, dengan hanya satu penampilan dalam lima bulan terakhir.
“Ia sangat mengecewakan apabila tidak bermain,” katanya seperti dipetik akhbar harian sukan Sepanyol, Marca, dalam satu tembu bual.
“Saya tahu saya cukup bagus untuk bermain tapi tidak mendapat peluang itu disebabkan oleh orang lain, adalah sangat mengecewakan.
“Jika saya seorang pemain yang teruk, saya akan menerimanya. Tapi saya seorang yang sentiasa mahu bermain dan menang,” katanya lagi.
Didorong kekecewaan itu, James memilih untuk angkat kaki bagi menyertai pengurus, Carlo Ancelotti, di Goodison Park.
Berlapikkan yuran perpindahan €25 juta (RM123 juta) James melihat kepada jurulatih ternama dari Itali itu untuk melonjakkannya kembali ke tahap pemenang kasut emas Piala Dunia 2014 di Brazil ketika Colombia mara sejauh suku akhir sebelum tewas kepada tuan rumah berkenaan.
Bukan rahsia bahawa Ancelotti adalah pencetus utama di sebalik perpindahannya ke kancah EPL dengan keakraban yang tidak pernah dinikmatinya selama berada di bawah pengawasan Zidane.
“Saya berharap untuk mencapai sesuatu yang yang hebat di Goodison Park – dan memenangi gelaran yang juga menjadi matlamat semua orang di sini.
“Saya percaya, bersama Carlo dan staf teknikalnya, kami boleh mencapai sesuatu yang besar dan ia salah satu sebab (saya memilih Everton) adalah kehadiran Carlo Ancelotti.
“Saya telah mengecapi beberapa waktu yang hebat bersamanya di dua kelab berbeza sebelum ini. Itu menjadi sebab yang besar untuk saya ke sini,” katanya lagi.
Barangkali juga dia akan menemui sinar di penghujung terowong penuh kegelapan di Real Madrid.