Skip to main content

Rencana

#IniMASkita

choonhow.jpg
#iniMASkita adalah tanda pagar rasmi pihak Astro bagi memberikan sokongan kepada atlet Malaysia yang berjuang dalam Sukan SEA Filipina 2019. 

Penulis yang berada di Filipina sejak 23 November lalu untuk memberikan liputan terbaik kepada peminat sukan tanah air telah melihat sendiri bagaimana perubahan daripada pelbagai aspek di antara sebelum dan selepas pembukaan secara rasmi.

Jika acara yang berlangsung sebelum upacara perasmian dilihat kurang mendapat perhatian pihak penganjur kerana tiada kemudahan bagi mendapatkan informasi, selain tempat sidang media yang serba kekurangan, segalanya berubah menjadi lebih baik sedikit demi sedikit.
 
Pada 30 November yang lalu, secara rasminya upacara pembukaan telah dilangsungkan di Phillipine Arena dengan kesemua negara yang terlibat melakukan perarakan masuk yang gilang-gemilang. Secara tidak langsung, pelbagai aspek dilihat bertambah baik antaranya laman web rasmi untuk mendapatkan keputusan bagi semua acara sudah mula beroperasi dan perkembangan ini amat menggembirakan.

Sedikit mengecewakan bagi sukan bola sepak, apabila penulis yang berada di Stadium Memorial Rizal disaat Malaysia tewas dua perlawanan pertama kepada Myanmar dan Filipina. Secara tidak langsung skuad Malaysia perlu mengharapkan keputusan perlawanan lain selain perlu menang dengan jaringan besar berdepan Timor Leste dan Kemboja nanti. Walaubagaimanapun, penulis masih menaruh harapan Harimau Muda akan bangkit dan berjaya mara ke peringkat kalah mati.

Sementara itu, pingat emas pertama negara hadir menerusi acara wushu apabila Loh Choon How beraksi cemerlang yang secara tidak langsung memberikan suntikan moral kepada atlit-atlit lain untuk turut menampilkan aksi terbaik.

Jangan lupa untuk sentiasa bersama kami kerana Astro Arena selaku penyiar rasmi Sukan SEA kali ini menjanjikan liputan menyeluruh buat semua penonton sama ada di kaca televisyen mahupun saluran digital.

Advertisement

Must Watch Video