Apabila terpandang sahaja pada kad permainan atau lebih dikenali sebagai 'daun terup', saya percaya rata-rata persepsi kita akan menjurus ke arah gejala yang tidak sihat dan sering dikaitkan dengan perjudian.
Sebagai orang baru dalam dunia liputan sukan, ini kali pertama saya berkhidmat di temasya yang besar seperti Sukan Asia Indonesia 2018.
Apabila saya ditugaskan untuk membuat liputan permainan 'bridge', banyak persoalan yang bermain di fikiran saya mengenai permainan itu dan apa yang menjadi perhatian saya, kebanyakan pemain sudah berusia.
Malah, ada atlet tertua dalam edisi sukan asia kali ini dari sukan bridge iaitu K.T Yang, wakil berusia 85 tahun dari Filipina.
Permainan itu mempunyai empat orang pemain. Satu pusingan permainan menggunakan 52 keping kad yang dibahagi kepada empat pemain dan dimainkan dalam tempoh masa tujuh minit 30 saat.
Pada hemat saya, permainan ini sangat mencabar minda kerana pemain perlu ada daya ingatan yang kuat, kemahiran berkomunikasi yang tinggi dan perlu ada kebijaksanaan membida untuk mengalahkan pihak lawan.
Setelah selesai tugasan saya merakam pertandingan sukan ini, saya ada membuat sedikit rujukan mengenai permainan ini.
Ternyata, persepsi saya terhadap 'daun terup' ini salah. Ia bukan digunakan untuk berjudi malah boleh meningkatkan IQ kita sekiranya ia dimainkan dengan cara yang betul.