RENCANA
Ini Lukaku lah
Romelu Lukaku yang baru menyertai Manchester United dari Everton untuk musim 2017/18 sekali lagi membuktikan bahawa dia merupakan pemain yang wajar diberikan perhatian apabila tandukannya ketika menewaskan Greece dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2018 berjaya membawa Belgium muncul pasukan pertama dari Eropah yang layak beraksi di kejohanan paling berprestij di dunia.
Dengan 10 gol dalam tujuh perlawanan kelayakan, Lukaku ternyata menjadi sandaran utama skuad Belgium mengetepikan nama besar lain seperti Cristian Benteke, Divock Origi dan Michy Batshuayi.
Saingan kumpulan H menyaksikan Belgium berdepan dengan pasukan kerdil seperti Bosnia, Greece, Cyprus, Estonia dan Gibraltar. Di atas kertas, memang sepatutnya Belgium tidak berdepan masalah untuk layak ke Piala Dunia namun untuk muncul pasukan pertama dari Eropah, ianya adalah satu bonus buat skuad kendalian Roberto Martinez.
Iklan
Kegagalan Perancis menewaskan Lexemburgo turut menjadi faktor yang membantu Belgium untuk menjadi pasukan pertama layak ke Piala Dunia 2018.
Ketika saingan Euro 2016 yang lalu, Belgium pernah dianggap skuad emas di bawah Marc Wilmots apabila memiliki senarai pemain hebat dari penjaga gol hingga ke penyerang. Siapa yang tidak kenal dengan Thibaut Cortois, Toby Alderweireld, Thomas Vermalen, Jans Verthogen, Kevin De Bruyne, Marounne Fellaini, Moussa Dembele dan Eden Hazard. Namun tuah tidak menyebelahi mereka apabila tersungkur di peringkat suku akhir apabila tewas 3 - 1 kepada Wales.
Kini di bawah kendalian Roberto Martinez, mereka masih tidak tewas dalam 10 perlawanan kumpulan H, dan saya percaya Belgium masih merupakan antara pasukan pilihan untuk sekurang-kurangnya layak hingga ke peringkat separuh akhir Piala Dunia 2018 jika mereka terus mempamerkan prestasi memberangsangkan seperti sekarang, ditambah pula dengan kehadiran Romero Lukaku yang kini berada di puncak prestasi.
Must-Watch Video