Skip to main content

Rencana

Ibarat sedang berkabung

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

malaysia-b-22_1.jpg
Hampir 24 jam sesudah skuad bola sepak B-22 negara terkandas di peringkat Kumpulan A, Sukan SEA, namun belum ada satu pun blog di sini yang menceritakan tentang bencana tersebut.

Pentas blog tentang bola sepak Malaysia bagaikan sedang berkabung.

Banyak faktor yang boleh memperkatakan tentang kegagalan di Manila sedangkan di atas kertas, Datuk Ong Kim Swee, ibarat merintis laluan mudah ke separuh akhir berdasarkan ulasannya selepas undian, Oktober lalu, kerana hanya perlu melepasi rintangan Myanmar, Kemboja, Filipina, dan Timor Leste.

Vietnam, Indonesia, Thailand, Laos, Singapura dan Brunei pula saling melengkapi Kumpulan B.

Daripada soal percaturan taktikal, pemilihan pemain sehinggalah kesebelasan utama, segala-galanya menjurus kepada Kim Swee.



Kekalahan 1-3 kepada Kemboja, petang semalam, hanyalah menyimpulkan detik kepincangan skuad muda negara sesudah Timor Leste yang ditewaskan 4-0, juga memiliki kesempatan besar untuk merobek gawang negara.

Kalau bukan kerana ketumpulan jentera serangan anak buah Fabiano Flora itu, pasti reputasi skuad negara lebih tercalar.

Kegagalan ini juga harus dijadikan iktibar buat pemain-pemain skuad ini yang masih mempunyai karier yang panjang.

Biarpun ada yang sedang melalui karier gemilang di bahagian kelab, hadir dengan prestasi bersama pasukan senior mahupun masih segar mencipta gemilang layak ke pusingan akhir Kejohanan AFC B-19 2020, elemen-elemen berkenaan tidak akan diambil kira tanpa melalui kerja keras di atas padang.


 

Advertisement

Must Watch Video