Skip to main content

Rencana

Hola Santiago Solari

santiago-solari.jpg
Dua minggu lalu, nama Solari menjadi sebutan kerana bertanggungjawab sebagai 'caretaker' Real Madrid selepas jurulatih, Julen Lopetegui dipecat ekoran prestasi tidak menentu pasukan, termasuk kekalahan besar dan memalukan kepada musuh tradisi, Barcelona.

Dalam tempoh dua minggu itu, Solari tidak menyangka mampu membawa banyak perkembangan positif -- bermula dengan 4 kemenangan, Real Madrid berjaya merapati kutipan mata Barcelona selepas melonjak 2 anak tangga ke kedudukan keenam La Liga.

Dua tahun lalu, dia menerima khabar gembira yang hampir sama -- tawaran 'naik pangkat' dari tugasan bersama skuad remaja kepada pasukan kedua, Real Madrid B. Siapa sangka langkah itu hanyalah batu loncatan untuk satu pencapaian yang boleh dianggap besar dan situasi ini mengingatkan kita kepada Zinedine Zidane.

Ada dua perkara yang saling berkaitan tentang Solari dan Zidane. Pertama, kedua-duanya adalah bekas pemain Real Madrid yang merupakan rakan sepasukan ketika menyarung jersi pada awal tahun 2000. Kedua, pada tahun 2013, Zidane mula mendapat rentak dalam bidang kejurulatihan dengan menjadi pembantu Carlo Ancelotti, Solari pula sibuk menyesuaikan diri dengan kerjaya baharunya sebagai jurulatih di peringkat akar umbi.

Disebalik dakwaan ramai tentang pelantikan Solari yang 'tangkap muat' kerana terdesak dengan peraturan bolasepak Sepanyol, rasanya pihak pengurusan Real Madrid juga mempunyai perancangan tersendiri dalam mengembangkan lagi produk keluaran mereka - mungkin mereka senang dengan sentuhan segar jurulatih muda tetapi matang dalam selok belok di Santiago Bernabeu. 

Cuma kini tekanan pastinya tinggi buat Solari untuk sekurang-kurangnya menyamai rekod cemerlang Zidane bersama Real Madrid sebelum kontrak Solari tamat pada 2021. Jika posisi diatas padang lebih memihak Zidane untuk meledak 37 gol berbanding Solari hanya 10 gol, mungkinkah ada tuah buat jurulatih kelahiran Argentina ini ketika memberi arahan dari tepi padang?

Advertisement

Must Watch Video