Skip to main content

Rencana

Hola Barcelona

img_4275.jpg
Mengharungi perjalanan hampir satu hari ke Barcelona sebenarnya menguji ketahanan mental dan fizikal peserta-peserta Astro Kem Bola. 

Ini merupakan pengalaman berharga kepada mereka apatah lagi ada di antara mereka yang pertama kali menjejakkan kaki ke luar negara.

Setelah merentasi Selat Melaka dan diakhiri dengan Laut Mediterranean, akhirnya peserta-peserta Astro Kem Bola mendarat di Lapangan Terbang Barcelona tepat jam 12:07 tengahari. Pada awalnya, wajah mereka begitu letih dan lesu namun setelah merasai sendiri tiupan angin dan kesejukan cuaca Barcelona mereka mula rasa seronok dan teruja.

Namun cabaran mereka bukan berakhir di Lapangan Terbang Barcelona tetapi diuji lagi ketika menuju ke penginapan mereka di Factory House, Park Guell, Barcelona. 

Peserta-peserta Astro Kem Bola ini perlu mendaki bukit sejauh 150 meter untuk sampai ke Factory House. Dengan membawa bagasi masing-masing yang berat dan besar itu menguji lagi ketahanan mental dan fizikal peserta itu selain ditemani cuaca sejuk dibawah 14 darjah selsius.

Inilah cabaran awal yang ditempuhi oleh peserta-peserta Astro Kem Bola sebelum mereka memulakan latihan pertama di Akademi Barca pada pagi Isnin (26 Nov 2018). 

Bagi penulis, ini pengalaman dan pengajaran yang sungguh berguna kepada peserta-peserta Astro Kem Bola apabila melalui cabaran-cabaran ini pada usia muda kerana apabila ingin berjaya mereka perlu menempuh perjalanan yang sukar sebegini.

Ia akan menjadi kekuatan dan pemangkin diri mereka dalam mengejar impian mereka baik dalam pelajaran ataupun bola sepak. 

Ini menunjukkan program Astro Kem Bola ini begitu bertetapan sekali dalam mengajar reliti kehidupan sebenar sebelum mengapai kejayaan kepada peserta-peserta Astro Kem Bola ini.
 

Advertisement

Must Watch Video