Harimau Malaya memilih laluan sukar untuk melangkah ke peringkat separuh akhir Kejohanan Piala Suzuki AFF 2018 selepas tewas 0-2 kepada Vietnam dalam perlawanan kumpulan A yang berlangsung di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi.
Ia kekalahan pertama skuad bimbingan Tan Cheng Hoe dalam kempen kali ini selepas mereka cemerlang menewaskan Kemboja dan Laos dalam dua perlawanan terdahulu.
Justeru, nasib skuad negara sama ada kekal bersaing atau sebaliknya bakal ditentukan dalam perlawanan terakhir kumpulan menentang Myanmar yang dijadual berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu depan.
Situasi ini mirip edisi 2016 apabila skuad negara tumpas kepada Vietnam dan terpaksa menghitung nasib berdepan Myanmar dalam perlawanan terakhir kumpulan B.
Saya berada di Yangon ketika itu di mana skuad negara bimbingan Datuk Ong Kim Swee mengharungi aksi getir berdepan Vietnam dalam perlawanan kedua kumpulan.
Barisan pertahanan yang ditunjangi Shahrom Kalam dan Shahrul Saad menerima asakan hebat oleh Vietnam sebelum mereka tersungkur ketika permainan berbaki 10 minit apabila lawan berjaya meraih jaringan.
Peluang skuad negara yang bukanlah barisan terbaik ketika itu untuk layak ke separuh akhir terpaksa ditentukan dalam pertemuan menentang Myanmar. Kali ini kekuatan mental anak buah Kim Swee diuji apabila beraksi di hadapan ribuan penyokong tuan rumah.
Mereka wajib menang dalam perlawanan itu untuk meneruskan kemaraan. Namun, Malaysia terpaksa menelan hakikat bahawa perjalanan mereka hanya di peringkat kumpulan.
Skuad negara gagal keluar sebagai pemenang apabila dibolosi hasil jaringan Dabid Htan pada minit ke-89 yang mencetuskan suasana gamat di Stadium Thuwunna.
Sememangnya, ia antara kenangan pahit saya dalam membuat liputan mengenai skuad bola sepak kebangsaan.
Jadi, saya begitu mengharapkan agar nasib sama tidak berulang kepada skuad negara dan saya sebenarnya percaya dan yakin bahawa anak buah Cheng Hoe mampu melepasi cabaran Myanmar dalam merintis langkah lebih jauh dalam kejohanan ini.
Ayuh bangkit, Harimau Malaya!