RENCANA
Geng SMK Mutiara Impian
Dari jauh saya melihat kelibat sekumpulan pelajar memanaskan badan.
Gelagat mereka menghiburkan, ada beberapa pelajar yang gila-gila tetapi seorang ini mencuri tumpuan.
"Dia pelajar SMK Mutiara Impian," kata Ketua Jurulatih Sepak Takraw ASG, Mohd Futra Abd Ghani.
Iklan
Mohd Faisal Mohd Fuad, tekong yang terpilih dikalangan 12 pemain Sukan Sekolah-Sekolah Asean (ASG) di Semarang, Indonesia selepas menyumbang dua pingat perak, tahun lalu.
Temasya edisi ke-11 akan bermula 18 Julai ini.
Dia bekas pelajar SMK Mutiara Impian, tempat yang melahirkan tekong kontroversi negara, Mohd Syahir Rosdi.
"Dia idola saya. Kami sempat berlatih di sekolah namun ketika itu dia sudah berada pada tahun akhir".
"Saya belajar beberapa teknik daripada Syahir hingga pilih untuk jadi tekong. Saya harap dapat mengikut jejak langkahnya, salah seorang tekong terbaik dunia," kata Faisal.
Setiap tahun saya menunggu siapa atlit baru lepasan sekolah sukan negeri atau Malaysia.
SMK Mutiara Impian, sekolah sukan negeri di Pulau Pinang memiliki reputasi baik melahirkan beberapa atlit berkualiti seperti tekong negara, Izwan Zukri dan ratu pecut, Zaidatul Husniah Zulkifli.
Malah, skuad bola sepak mereka juga hebat pada beberapa kejohanan peringkat usia seperti Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia dan Piala Belia.
Tahniah kepada guru-guru yang mengukuhkan asas atlit muda ini.
Moga Faisal berjaya menamatkan kemarau lima tahun sejak kali terakhir skuad sepak takraw raih emas ASG.
Kepada atlit SMK Mutiara Impian, teruskan perjuangan anda - kukuhkan asas, masa untuk anda menyinar akan tiba!
Must-Watch Video