Skip to main content

Rencana

Emas pertama

wushu-emas.jpg
Merangkul pingat emas pertama? Apa perasaan anda ketika menang emas pertama? Bagaimana situasi ketika menang emas pertama?

Haaa meh penulis ceritakan keadaan ketika atlet wushu negara kita, Loh Choon How, berjaya meraih emas pertama buat kontinjen negara dalam temasya Sukan SEA,Filipina.

Emas pertama dimenangi Choon How jelas bermakna buat dirinya apatah lagi ia dicapai pada penampilan ketiganya di Sukan SEA, riak wajah jelas berpuas hati dan gembira, disebabkan kerja keras yang membuahkan hasil selama 6 tahun akhirnya berbalas.

Choon How sendiri tidak menyangka yang dia mampu meraih pingat emas kerana dia sendiri tidak meletakkan sasaran mahupun disandarkan harapan.

Jadi ketika Choon How meraih pingat emas itu keadaan jelas menjadi kacau bilau dengan kehadiran pengamal media yang ingin menemu ramah sebaik sahaja tamat acaranya.

Walaupun penulis tidak pernah merasa pingat emas ketika zaman sebagai seorang atlit, penulis faham perasaan Choon How ketika memenanginya ia jelas tertera di wajah di mana dia akhirnya merasakan inilah masa terbaik yang dinanti.

Jelas kepercayaan Chef de Mission, Datuk Megat Zulkarnain Omardin, ke atas skuad wushu negara tidak salah, ini kerana walaupun wushu tidak tersenarai dalam sasaran 70 pingat emas kontinjen negara, sukan wushu tidak pernah gagal menghadiahkan pingat emas dalam setiap temasya disertai.

Penulis harap emas pertama ini akan menjadi penyuntik semangat buat kontinjen negara untuk mencapai sasaran tersebut kerana Choon How jelas menunjukkan tidak kira apa situasi sekalipun, Malaysia dengan semangat Harimau Malaya sentiasa membara.

Jadi mari kita terus menyokong atlet negara kita menerusi siaran langsung di Astro Arena!!Malaysia Boleh!! 

Advertisement

Must Watch Video