Apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melancarkan Piagam SupaRimau hujung tahun lalu bagi tujuan untuk mengiktiraf setiap akademi bola sepak elit atau pun komuniti mengikut kategori yang diberi setelah akademi-akademi itu bertungkus lumus membantu mempromosikan dan membangunkan bola sepak negara.
Dengan adanya Piagam SupaRimau ini ia dapat memberi ruang kepada akademi-akademi elite dibawah naungan persatuan bola sepak negeri atau pun kelab-kelab serta akademi komuniti ini dapat menerima faedah dari piagam yang diwujudkan oleh FAM itu dalam membantu membangunan bola sepak negara pada masa depan. Selain itu juga FAM ingin menggalakkan akademi-akademi ini aktif menjalankan aktiviti-aktiviti bola sepak di peringkat akar umbi serta perlu bijak mengunakan pengiktirafan yang diberikan FAM itu untuk menjana pendapatan bagi menggerakan aktiviti akademi.
Sebagaimana semua tahu Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim adalah merupakan kelab yang pertama mewujudkan akademi bola sepak elite sendiri dengan menjalankan aktiviti-aktiviti dalam membangunkan bola sepak JDT pada masa depan. Dengan adanya kemudahan fasiliti dan pendidikan yang disediakan oleh pengurusan itu telah menerima pengiktirafan yang tinggi dari Piagam SupaRimau yang diwujudkan FAM itu. Dimana akademi JDT telah diberikan kategori emas berdasarkan lima kateria yang telah ditetapkan dan merupakan akademi elite pertama menerimanya di Malaysia.
Ini satu penanda aras yang baik kepada pembangunan bola sepak negara sekiranya semua pemegang taruh bola sepak negara terutamanya kelab-kelab Liga Malaysia ini dapat memainkan peranan dalam membantu FAM membangunkan industri bola sepak Malaysia pada masa depan. Apa yang dilakukan JDT ini sebenarnya demi kestabilan perjalanan kelab dalam membina pendapatan kelab pada masa depan. Inilah cotoh terbaik untuk semua pemegang taruh yang mempunyai kepenting didalam industri bola sepak negara.
Sebagai pencinta dan permerhati bola sepak negara penulis merasakan akan ada impak yang positif pada masa hadapan sekiranya semua pemegang taruh termasuk akademi-akademi komuniti memainkan peranan dalam menjelmakan persikitaran yang positif dalam mewujudkan produktiviti dalam melahirkan pemain-pemain bola sepak berkualiti. Kepada Akademi JDT penulis mengucapkan tahniah kerana berjaya menjadi inspirasi kepada semua kelab-kelab komuniti yang ada didalam negara ini dan terus memertabatkan bola sepak negara di mata dunia.