Kelab Cardiff City kini menerima perkhabaran yang membimbangkan apabila pemain yang baru sahaja dibeli, Emiliano Sala, dikhuatiri terkorban selepas pesawat ringan dinaikinya hilang daripada radar ketika merentasi Selat Inggeris.
Emiliano, 28, pemain kelahiran Argentina yang baru sahaja menandatangani kontrak baru Sabtu lalu telah merekodkan sejarah kelab apabila dibeli dengan harga GBP15 juta (RM80 juta) dengan kontrak selama tiga tahun setengah dari Nantes.
Pusat Kawalan Trafik Udara mengesahkan pesawat ringan yang menggunakan turbin tunggal itu berlepas dari Nantes di barat Perancis menuju ke United Kingdom (UK). Pengawal Pantai Guernsey menerima laporan kecemasan daripada Jersey ATC yang memaklumkan sebuah pesawat hilang daripada radar kira-kira 15 batu nautika dari Guernsey.
Emiliano dikatakan telah berada di dalam pesawat tersebut, namun begitu tiada sebarang pengesahan di buat setakat ini. Lebih membimbangkan, ahli keluarga dan kenalan cuba menghubungi beliau tetapi tiada maklum balas yang diterima.
Mengikut laporan pesawat itu telah terbang setinggi 5,000 kaki, sejurus melepasi Guernsey, juruterbang meminta kebenaran turun kepada kawalan lalu lintas udara, namun begitu secara tiba-tiba pesawat tersebut gagal dihubungi di ketinggian 2,300 kaki. Menurut laporan meteorologi, keadaan cuaca ketika itu tidaklah terlalu buruk dan kelajuan purata angin adalah sekitar 15 hingga 20 batu sejam.
Usaha pencarian sedang giat dijalankan dengan melibatkan kawasan 1,000 batu persegi. Namun, setakat ini tiada apa-apa tanda untuk menemukan pesawat tersebut. Operasi pencarian juga terpaksa ditunda seketika disebabkan angin kencang dan keadaan laut yang bergelora sebelum misi mencari dan menyelamat disambung semula pada 8 pagi waktu tempatan.
Beberapa jam sebelum beliau menaiki pesawat, Emiliano telah meninggalkan status terakhirnya di laman sosial dengan berkongsi gambarnya bersama bekas pasukannya, Nantes FC, dan meninggalkan status "Ciao" bersama emoji hati.
Dalam satu kenyataan lain, Cardiff City mengatakan mereka sangat terkejut dan berdukacita tentang berita tersebut.
Pemilik Cardiff City, Tan Sri Vincent Tan, dan pengerusinya, Mehmet Dalman, menyeru kepada seluruh penyokong supaya mendoakan usaha pencarian dan menyelamat dipermudahkan dan berharap Emiliano dapat dijumpai dalam keadaan selamat.