Skip to main content

Rencana

Deschamps masyuk...

des.jpg
Legenda bola sepak Perancis yang juga merupakan ketua jurulatih Les Blues, Didier Deschamps, menerima khabar gembira apabila kontraknya dilanjutkan oleh pihak pengurusan Persekutuan Bola Sepak Perancis (FFF) sehingga 2022. 

Menurut media antarabangsa, tiada perbincangan dilakukan dan menyambung kontrak Deschamps adalah satu keputusan logik dan tepat daripada pihak pengurusan.

Deschamps, pemenang Piala Dunia 1998, mengambil masa hampir enam tahun untuk menghadiahkan Piala Dunia edisi 2018 kepada Perancis apabila dilantik pada 2012. Rekodnya juga tidak kurang hebatnya apabila berjaya mengembalikan Perancis kepada prestasi sebenar mereka selepas dilanda krisis yang amat teruk. Kualiti yang dimiliki skuad Perancis mula terserlah apabila muncul naib juara Euro edisi 2016, sebelum kejayaan di Piala Dunia yang menyaksikan Perancis kini menjadi pasukan di tangga kedua dalam ranking FIFA.

Senarai pemain yang dimiliki Perancis juga masih relevan kerana ramai pemain tonggak seperti Kylian Mmbappe, Paul Pogba, Raphael Varane, Kingsley Coman dan N'Golo Kante masih berada di usia 20-an dan khidmat mereka masih segar serta bertenaga. Hanya beberapa pemain seperi Hugo lloris, Antoine Griezmann dan Olivier Giroud sahaja yang berusia melebihi 30 tahun.

Perancis beraksi cemerlang dalam pusingan kelayakan apabila memimpin Kumpulan H dengan 25 mata dari 10 perlawanan. 

Bagaimanapun, Deschamps pastinya berdepan tekanan menjelang Euro 2020 memandangkan harapan pastinya tinggi diletakkan kepada juara dunia itu. Perancis diundi bersama juara bertahan, Portugal dan pasukan Jerman. Satu lagi slot akan diisi oleh pasukan yang bermain di playoff nanti.

Euro 2020 menjanjikan kelainan apabila beberapa negara akan menjadi tuan rumah bersama. 12 bandar akan menjadi lokasi pertandingan. Munich, Rome,Saint Petersburg, Amsterdam, Bilbao, Budaphes dan Conpenhagen akan menjadi antara lokasi pertandingan dengan Stadium Wembley di London akan menjadi venue untuk perlawanan akhir.
 

Advertisement

Must Watch Video