Skip to main content

Rencana

Demam Liga Malaysia rancak di media sosial

terengganu-jersey.jpg
Sepanjang minggu lalu, begitu banyak pasukan tempatan memperkenalkan pemain dan jersi masing-masing seminggu sebelum sepak mula Jumaat ini.

Di media sosial, dah ada yang berdebat dan buat undian jersi pasukan kegemaran, ada yang suka, ada yang tak suka, ada yang komen elok, ada yang komen ibarat dia ni tau semua benda berkenaan design. Fuh, kalau baca komen peminat ni, memang kita pun nak tergelak dan tak kurang juga kagum dengan sesetengah individu yang betul-betul kaji pasukan dia.

Saya boleh katakan, musim baru ni nampak bakal berlangsung lebih meriah, dengan pelbagai strategi persatuan bola sepak negeri dan kelab yang mula memperkenalkan season ticket kepada peminat setia mereka.

Ada yang harganya tak masuk akal mahal dan ada juga yang mesra rakyat ibarat meraih undi pada musim pilihanraya.

Pengenalan jersi pasukan juga menjadi buah mulut peminat dan rata-rata yang diperkenalkan mampu memulas poket anda sama ada nak beli atau simpan duit dulu.

Inilah yang saya nantikan, kegilaan peminat bola sepak rata-ratanya masih muda remaja ibarat zaman kegemilangan bola sepak kita pada era 90’an. Penuh stadium dengan penyokong, media cetak dan elektronik ligat kejar berita dan zaman millennium ni, media sosial menjadi medan bertukar pendapat dan berkongsi cerita.

Saya tak nak hentam siapa-siapa atau mana-mana pasukan berkenaan persiapan pra-musim. Semuanya cuba kumpulkan pemain terbaik walaupun banyak kontroversi melibatkan perpindahan pemain.

Saya harapkan MFL dapat mentadbir bola sepak tempatan dengan sebaiknya, tak nak lagi isu-isu favoritism dalam mana-mana pasukan. Semuanya mesti adil dan sama rata untuk pasukan manapun.

Kita nak lihat bola sepak kita di mata dunia, menjadi buah mulut kerana kehebatan liganya, peminatnya dan juga pemasarannya. Bukan menjadi buah mulut kerana pasukan culas bayar gaji. Kalau boleh, tak nak dengar dah isu gaji yang saban tahun dah kita dengar. 

Pasukan yang bertanding pulak, ukur baju di badan sendiri, kalau ada 20 juta semusim, guna la 20 juta, jangan nak ngada-ngada bayar gaji melebihi kemampuan. 

Kepada peminat pulak, jangan berdegar di media sosial sahaja, sokongan anda diperlukan di venue-venue sekitar anda bermula Jumaat ini. Saya pun dah tak sabar nak tengok drama baru yang akan muncul musim ni. Oklah, kita jumpa lagi minggu depan. TERIMA KASIH, TERIMA KASIH, TERIMA KASIH.

Advertisement

Must Watch Video