Skip to main content

Rencana

Cuba lagi lain kali Serena. Eh? Hello Osaka

serena-osaka.jpg
Nampaknya Serena Williams gagal meneruskan misi merangkul kejuaraannya yang kelapan dalam Grand Slam Terbuka Australia. Selepas melahirkan anak pada September 2017, Serena belum mencapai sebarang gelaran kejohanan utama. Dan harapannya untuk kali ini tersadai apabila terpaksa berpuas hati, perjuangannya hanya di suku akhir

Pemain pilihan ke-16 itu merupakan antara peserta yang menjadi sebutan untuk menjuarai Terbuka Australia 2019, namun dikatakan kecederaan buku lali yang dialami ketika beraksi menentang Karolina Pliskova dalam suku akhir menjadi punca beliau tidak dapat meneruskan aksi yang baik. Sedangkan pada ketika itu, Serena mempunyai peluang yang cerah apabila mendahului di set penentuan. Namun, kelemahan yang berlaku memberi ruang buat Pliskova menggunakan peluang  sebaik mungkin bagi menetapkan kemenangan ke atas juara 23 kali Grand Slam itu dengan keputusan 6-4, 4-6, 7-5 dalam masa 2 jam 10 minit.

Jika Serena berjaya melengkapkan gelaran Terbuka Australia yang ke 8, beliau akan menyamai rekod Margaret Court yang berusia 44 tahun. Namun, Serena akur dengan kepantasan Pliskova merebut peluang yang ada dan bangkit dalam set penentuan biarpun pada mulanya ketinggalan 5-1.

Bagaimanapun, Pliskova yang telah beraksi dalam saingan separuh akhir terpaksa akur dengan kehebatan pemain Asia yang berasal dari Jepun, Naomi Osaka, yang lebih bernasib baik dan akan meneruskan saingan di peringkat final setelah menundukkan Pliskova 6-2, 4-6, 6-4. Osaka yang kali pertama meraih gelaran Grand Slam dalam terbuka Amerika Syarikat 2018 selepas bergelut dalam perlawanan yang dramatik menentang Serena Williams. Nampaknya kali ini beliau bakal sekali lagi mencuri tumpuan.

Osaka akan bertemu dengan Petra Kvitova yang mara ke final selepas membenam Danielle Rose Collins dalam straight sets. Osaka dan Kvitova tidak pernah bertemu dalam saingan kompetitif dan ini merupakan cabaran baru buat mereka dan kali terakhir Kvitova meraih gelaran utama adalah pada saingan Wimbledon 2014.

Advertisement

Must Watch Video