Dikala semakin ramai warga Millennial dan Gen Z sibuk menjinakkan diri dengan aktiviti fizikal dalam usaha menjaga kesihatan, tidak dinafikan ramai kaum hawa cenderung menjadikan pilates sebagai senaman pilihan.
#ootd pilates antara kandungan paling popular di media sosial; “selling point” pilates adalah lifestyle yang trendy (sesuai dengan jiwa gadis semasa) selain hasil yang ketara jika kerap melakukan senaman ini. Memang jelas, pilates semakin mendapat tempat di hati wanita Malaysia dengan 314 studio pilates disenaraikan di Malaysia setakat September 2025, berbanding 98 studio pada Mei 2025.
Di sebalik populariti pilates, tidak kisahlah mat pilates, reformer pilates ataupun chair/tower pilates, pilates bukan sekadar kandungan media sosial ataupun trend, tetapi sebenarnya senaman yang “harder than it looks”, dan boleh membawa kecederaan jika tidak dilaksanakan dengan betul.
“Kesilapan paling kerap dilakukan adalah dari segi teknik lower back dan neck compression”, kata Nur Souraya, seorang pelatih bertauliah di salah sebuah studio popular di Selangor.
Awas, walaupun pilates tampak lembut dan mulus namun realitinya cukup mencabar dan boleh mendatangkan bahaya jika tidak dilakukan dengan betul atau di bawah pemantauan pelatih professional.
Nak cuba pilates? Pastikan anda melakukannya dengan cara yang tepat! Selamat maju jaya!