Dengan lahirnya ramai golongan bijak pandai dan pemikir ini sudah tentu akan dapat membantu memartabat dan memajukan sesebuah negara itu tidak kiralah dalam industri apa sekali pun termasuk bidang sukan negara.

Namun apa yang berlaku dalam bidang sukan sebaliknya, dimana segelintir golongan bijak pandai tidak mengunakan kebijaksanaan berfikir mereka dengan sebaik mungkin sebaliknya menggunakannya untuk kepentingan sendiri dan keroni tetapi tidak kepada industri itu sendiri.

Ini yang berlaku dalam pentadbiran bola sepak kita, termasuklah dalam urus tadbir Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) apabila kemelut pemilihan jurulatih pada 2016 kini menjadi hangat diperkatakan apabila pertindihan kontrak yang berlaku dimana jurulatih yang membawa Selangor mencapai misi 33 menjulang Piala Malaysia iaitu Mehmet dan pasukan kejurulatihan mereka masih lagi mempunyai kontrak perkhidmatan mereka tetapi dalam masa yang sama pengurusan tertinggi FAS dikatakan telah menandatangani seorang lagi jurulatih untuk mengalas cabaran Selangor pada tahun 2016.

Kenapa ini semua berlaku? Apa yang mereka fikirkan! sedangkan bola sepak kita telah lama berada dalam era professional. Bagaimana golongan bijak pandai ini manjadi “buta dan bodoh” serta terlepas pandang akan perkara ini tanpa merujuk kepada akal yang diberi atau gabungkan akal-akal mereka itu demi kebaikan dan kemajuan dan bukan hanya mengabungkan akal itu untuk kepentingan peribadi.

Demi kebaikan dan kemajuan bola sepak Selangor khususnya saya merasakan secara peribadi golongan-golongan bijak pandai ini perlu meletakkan jawatan mereka dalam urusan tadbir persatuan kerana akal mereka sudah tidak boleh diterima dan sudah tentu merosakkan industri bola sepak itu sendiri.

Janganlah merasa malu ingin meletakkan jawatan kerana ada juga idea-idea bernas yang dilontarkan sebelum ini dan peminat-peminat akan menghormati dengan perinsip dan tanggungjawab yang diambil demi kemajuan bola sepak itu sendiri.

Kepada Mehmet dan pasukan kejurulatihannya tahniah di atas kejayaan menjulang Piala Malaysia tahun ini dan juga membuang semua tanggapan negatif itu serta perlu terus melihat kehadapan demi kemajuan kerjaya dan bola sepak Malaysia khusunya. Sekali lagi tahniah Selangor.