Saya bertanya kepada salah seorang pegawai Majlis Sukan Negara (MSN) mengenai sasaran kontinjen Malaysia di Sukan SEA Filipina 2019.
Jawapannya mudah: “Kita masih di landasan tepat”.
Temasya berbaki lima hari saja lagi dan kontinjen Malaysia masih jauh daripada sasaran 70 emas ketika beberapa sukan seperti boling padang dan gimnastik artistik sudahpun menamatkan cabaran.
“Pecutan terakhir akan bermula,” katanya.
Saya semak kembali senarai lubuk emas negara.
Olahraga, pelayaran, memanah, gimrama, akuatik dan karate-do masih atau baru berlangsung dengan majoriti disandarkan 4 ke 5 emas.
Itu belum dicampur dengan acara kluster luar dari Manila, Clark dan Subic yang dijangka mampu menyumbang empat lagi emas.
Jadi secara keseluruhan dan matematik, masih ada peluang untuk capai sasaran 70 emas.
Cuma, tugas pada hujung temasya ini akan lebih sibuk.
Ia masalah yang baik, demi sasaran kontinjen negara.
Saya dapat lihat, jurulatih, pengurus atau pegawai terutama psikologi Institut Sukan Negara (ISN) kian sibuk menjalankan tugas membakar semangat atlit negara agar mereka yakin dan percaya bahawa sasaran akan tercapai.
Dalam situasi ini, semua pihak perlu bersatu untuk capai misi termasuk netizen sendiri.
Pecutan terakhir, ayuh capai sasaran 70 emas!