Skip to main content

Rencana

Berlari pakai baju tradisional? Why not! Sarong Music Run 2025.

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sarong-run.jpg
Sarong Music Run 2025 benar-benar mencipta kenangan manis buat saya dan ribuan peserta lain. Tahun ini, acara fun run sejauh 5km itu berjaya menarik lebih 15,000 penyertaan dan hampir 30,000 kehadiran secara keseluruhan. 

Suasana di lokasi meriah dengan pelari yang tampil berwarna-warni, menggayakan pelbagai baju tradisional seperti baju melayu, baju kurung, kebaya, songkok, tanjak hinggalah ke batik dan sarong moden. Kehadiran figura terkenal seperti Issey Fazlisham, Leona, Wany Hasrita, serta kelibat Syed Saddiq dan Bella Astilah yang turut berlari lengkap berbaju tradisional tentunya jadi tarikan. 

Apa yang menjadikan Sarong Music Run unik ialah elemen kebudayaan yang diselitkan sepanjang larian. Setiap checkpoint dipenuhi dengan kejutan istimewa, daripada kuih-muih tradisional Melayu hinggalah ke hadiah kecil yang membuatkan peserta teruja untuk terus melangkah. Menyesal tak bawa bag! 

Kami juga disajikan dengan persembahan seni budaya pelbagai kaum, termasuk dikir barat, tarian naga, persembahan brassband tarian Borneo dan banyak lagi yang menghidupkan suasana larian sepanjang 5 kilometer itu. 

Yang ni paling best, acara ini juga disitkan juga dengan pemberian hidangan ringan — kami disajikan cookies rangup, susu Oatside yang menyegarkan, aiskrim potong Malaysia yang membawa nostalgia, serta pelbagai kudapan lain yang mengembalikan tenaga.

Oh, ada lagi yang menarik, kehadiran sukarelawan yang berdiri sepanjang laluan dengan memegang bendera Malaysia di setiap 1000 meter dan selesai larian kami dihadiahkan pula medal berunsur tradisi.

Keseluruhannya, Sarong Music Run 2025 bukan sekadar acara larian, tetapi sebuah pengalaman penuh budaya, keseronokan, dan persahabatan. Ia adalah perayaan gaya hidup sihat yang dirayakan dengan cara paling meriah dan inklusif. Tidak hairanlah jika ramai yang sudah tidak sabar menantikan edisi seterusnya!

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video