Pertemuan Kedah dan Selangor dalam suku akhir dalam Piala Malaysia mengesahkan tiada lagi ulangan final 2016 mahu pun 2015, malah langkah Sang Helang ke separuh akhir juga nampaknya tidak ditemani mana-mana pasukan yang turut sama di pentas itu musim lalu.
Apakah ini petanda baik buat Kedah yang dalam misi mempertahankan kejuaraan?
Laluan anak buah Nidzam Adzha Yusoff dalam saingan Piala Malaysia setakat ini tidak mudah, tidak sukar, mungkin bertitik tolak daripada sikap enggan melabel lawan. Kedah sentiasa memilih cara paling selamat dalam mematahkan saingan lawan, sehingga berjaya muncul juara Kumpulan C.
Benar, Kedah tidak memiliki rekod bersih apabila catat 1 kekalahan pada pertemuan dengan Kelantan pada Julai lalu, namun harus diingat mereka sedikit keletihan ekoran jadual perlawanan yang padat.
Dengan kejuaraan Liga Super yang sudah pun menjadi milik Johor Darul Ta'zim (JDT) musim ini, tekanan pastinya kurang dirasai Kedah yang hanya menyasarkan kedudukan terbaik dengan perlu mencabar pasukan di tangga kedua liga, Pahang yang dibezakan dua mata sahaja.
Apa yang perlu dirisaukan adalah keghairahan skuad Ulisses Morais itu untuk menjulang lebih banyak trofi, malah JDT juga hanya tewas sekali di peringkat kumpulan, dan awal-awal lagi melaungkan Melaka bukanlah lawan sebenar dalam suku akhir.
Jadi sudah pasti, Perak yang menjadi lawan nanti perlu sekali lagi melakukan magis andai mahu menyingkirkan JDT.
Magis Felda United juga tidak kurang hebatnya sehingga menghentikan perjuangan PKNP FC yang dilihat cukup menonjol sepanjang kempen Piala Malaysia kali ini.
Jika pengalaman menjadi sandaran Felda United dalam memastikan kemaraan ke separuh akhir, apa pula tonik terbaik yang akan dihidangkan buat Kedah yang mendambakan kejuaraan kedua berturut-turut.
Maka, selepas dua pasukan yang saya sasarkan musim ini terkandas, saya meletakkan harapan final 2017 akan mempertemukan JDT, naib juara 2014 yang gagal mengulangi pencapaian sama sejak itu dan Kedah, yang tidak pernah gagal mara ke separuh akhir sejak 2014.
Apa pula ramalan anda menjelang saingan separuh akhir Piala Malaysia Oktober nanti? Ada yang rasa masih terlalu awal untuk membuat ramalan?