Skip to main content

Rencana

Bayangkan jika Arsenal tersingkir daripada Liga Perdana Inggeris

arteta-arsenal-new.jpg
Siapa sangka, selepas separuh perjalanan liga, Arsenal kini hanya dibezakan enam mata daripada zon penyingkiran.

Ya, bukan beza mata dengan pendahulu liga, mahupun dalam kalangan empat pasukan terbaik.

Siapa sangka, Unai Emery yang dicanang mampu bawa The Gunners kembali dalam prestasi terbaik, ditendang keluar ketika belum habis separuh liga pun.

Siapa sangka, kapten pasukan pula di ‘boo’ oleh penyokong sendiri di laman sendiri.

Siapa sangka,  pemain dengan gaji paling tinggi dalam sejarah kelab terpalit dengan kontroversi politik yang bukan berkaitan bola sepak.

Siapa sangka, Mikel Arteta akan menjadi individu yang akan menyelesaikan segala-galanya?

Mampukah Arteta menyelamatkan maruah Arsenal untuk sekurang-kurangnya mengelak daripada tersingkir daripada Liga Perdana Inggeris?

Arteta masih tercari-cari kemenangan pertama sebagai pengurus, apatah lagi, ini pengalaman pertamanya ‘naik pangkat’ untuk mengemudi antara kelab besar di dalam dunia bola sepak.

Benar, legasi yang ditinggalkan Arsene Wenger sukar untuk diganti.

Lihat sahaja kepada Manchester United, berapa banyak pengurus yang bertukar ganti selepas Sir Alex Ferguson mengambil keputusan untuk bersara.

Seperti yang dikatakan Emery dalam temu bual bersama wartawan, Guillem ,Balague selepas pemecatannya, Arsenal hilang keyakinan serta kestabilan secara keseluruhannya.

Malah, kehilangan empat ketua pasukan Laurent Koscielny, Petr Cech, Aaron Ramsey dan Nacho Monreal dalam jendela perpindahan lalu, menyebabkan tiada ketua sebenar di atas padang dan bilik persalinan.

Mampukah Arteta, yang hanya berpengalaman sebagai bekas pemain dan penolong Pep Guardiola, mengembalikan reputasi kelab Utara London ini?

Untuk mendapatkan empat teratas kini dianggap mustahil, namun Liga Europa dianggap satu-satunya harapan untuk menutup musim yang penuh kekecewaan.

Tetapi bayangkan jika Arsenal tersingkir daripada Liga Perdana, ia akan menutup sejarah gemilang  mereka memenangi liga tanpa kalah satu masa dahulu.
 

Advertisement

Must Watch Video