Masihkah anda ingat bahang ketika kempen Piala AFF Suzuki 2018 yang lalu?
Cukup menakjubkan apabila penonton memenuhi sepenuh genap ruang di Stadium Nasional Bukit Jalil, baik dari Arau membawa hingga ke Kota Marudu yang bersemangat menyatakan sokongan kepada skuad kebangsaan sehingga sanggup tidur di perkarangan stadium untuk mendapatkan tiket final dan akhirnya kesemua 80,000 tiket habis dijual, luar biasa!
Apatah lagi, peranan pemain kedua belas ini bersorak gempak gempita ternyata memberikan impak kepada pemain untuk lebih bersemangat untuk beraksi dan dalam masa yang sama hadirkan kegerunan pada lawan.
Bermula esok, Liga Malaysia 2019 bakal membuka tirai tatkala setiap pasukan membawa imej tersendiri untuk musim ini. Ada yang melaksanakan revolusi, ada yang mengambil hati peminat dengan melancarkan pelbagai promosi pra musim serta tidak kurang yang memancing bintang untuk memperkuatkan pasukan.
Satu senario yang positif apabila masing-masing cuba untuk mendapatkan semula keyakinan peminat hadir ke stadium, mewujudkan semula pas bermusim dengan pelbagai harga untuk peminat.
Selangor, Kedah, Terengganu, Johor Darul Takzim adalah pasukan yang cuba kaedah ini di samping pelancaran jersi dengan rekaan memukau untuk menarik perhatian peminta hadir ke stadium.
Harus diingat salah satu sumber pendapatan pasukan bolasepak merupakan hasil jualan tiket dan barangan, sebagai contoh, Selangor yang melancarkan jersi ketiga mereka (warna hijau) sudah mampu untuk membuat jualan mencecah setengah juta ringgit. Satu perkembangan yang sihat biarpun liga masih belum bermula, pemahaman mudah, penaja kita boleh tersenyum apabila sudah balik modal.
Tidak dilupakan pasukan Melaka yang mengambil kira faktor ekonomi isi rumah ketika ini, membuat langkah terpuji dengan menurunkan harga tiket serendah RM10 sahaja untuk tempat duduk terbuka sebagai strategi menarik peminat ke Stadium Hang Jebat.
Inisiatif sudah pun dilaksanakan dan biarpun tidak banyak, namun usaha itu sudah menampakkan hasil. Kini terpulang kepada peminat pula untuk laksanakan tanggungjawab kalian sebagai pemain ke dua belas.
Jika kita boleh bersusah payah untuk pasukan kebangsaan, mengapa tidak kita curahkan sokongan yang sama untuk pasukan negeri/kelab masing masing?