Skip to main content

Rencana

Amelia Henderson — kini aktif dalam sukan Pickleball!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

amelia-henderson.jpg
Pelakon Malaysia-British, Amelia Henderson, kini menemui minat baharu dalam sukan pickleball.

Dia menjadikan sukan ini sebagai medium untuk mempromosikan gaya hidup sihat, malah turut mengajak para peminatnya untuk mencuba sendiri aktiviti tersebut.

Bagi Amelia, pickleball bukan sekadar hobi, tetapi juga satu cara untuk mengekalkan keseimbangan hidup yang sihat. Dia percaya sukan ini sesuai dimainkan oleh semua peringkat umur, sekali gus memberi peluang kepada orang ramai untuk menjalani gaya hidup lebih aktif dengan cara yang menyeronokkan dan santai.

Menariknya, Amelia kini merupakan pemilik Pickle Depot yang terletak di Sentul. Gelanggang ini bukan sahaja menjadi ruang untuknya berlatih, malah turut dibuka kepada orang ramai yang ingin mencuba atau bermain pickleball secara lebih serius. Kehadiran fasiliti ini membuktikan komitmen Amelia dalam membangunkan sukan tersebut di Malaysia. 

Dengan penglibatan aktif dan sokongan terbuka terhadap pickleball, Amelia kini dilihat sebagai wajah baharu yang membantu memperkenalkan serta mempopularkan sukan ini di Malaysia. Kehadirannya sebagai figura awam memberi inspirasi kepada ramai untuk turut serta, sekaligus menjadikan pickleball semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat.
 
Pickleball

Main Dengan Bergaya

Padankan outfit sukan trendy untuk main pickleball dengan yakin


Tengok Sekarang

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video