Kebanyakan peminat Manchester City tentunya gembira melihat Sergio Aguero kembali meletakkan nama dalam senarai penjaring sewaktu The Citizens menundukkan Sheffield United 2-0.
Selain mengubati kekecewaan akibat tewas 3-2 di minit akhir dek kebangkitan Wolves ketika perlawanan pada Boxing Day, ia juga mengembalikan keyakinan Aguero selepas gagal memberi impak ketika di Molineux.
Namun, jaringan di Etihad sewaktu berdepan skuad Blades mencetuskan satu lagi kepuasan buat bekas penggempur Atletico Madrid itu.
Menurut Mail Online, Aguero kini telah membolosi gawang 32 daripada 33 pasukan dalam Liga Inggeris.
Dalam tempoh lapan tahun berkelana di England, Dia pastinya menjadi igauan paling mengerikan buat Newcastle United setelah meledak 15 gol daripada 13 pertemuan.
Pasukan yang kini menduduki tangga terbawah Liga Satu EFL, Bolton Wanderers, menjadi pasukan tunggal yang tidak pernah dirobek Aguero selepas dia gagal menjaringkan gol dalam dua pertemuan pada Ogos 2011 dan Mac 2012.
Musim ini, Aguero mungkin baru menghasilkan 10 gol dalam saingan liga walaupun memegang status penjaring terunggul sepanjang zaman buat City dengan 244 jaringan dalam semua kejohanan.
Tetapi semestinya keteguhan nama Sergio Aguero selaku salah seorang peledak gol terhebat dalam sejarah Liga Inggeris tidak dapat disangkal atau tidak salah jika ada peminat yang menamakannya raja Bola sepak England dari Argentina.