TENIS
Ada spidey turun padang tenis!
Baru je selesai pada Isnin -- Wimbledon 2025 yang bukan je curi tumpuan kerana aksi tenis bertaraf dunia, tetapi juga kerana kehadiran mengejut pelakon popular antaranya Tom Holland yang merupakan salah seorang bintang filem Spider-Man!
Ia sekali gus mencetus detik viral apabila Tom berinteraksi mesra dengan juara bertahan saingan Wimbledon Carlos Alcaraz -- gabungan superhero dengan bintang muda tenis.
Pelakon Hollywood terkenal itu membuat kejutan apabila muncul di sesi latihan pemain tenis nombor satu dunia, Alcaraz sebelum perlawanan suku akhir menentang Cameron Norrie, mereka sempat berborak santai dan perbualan tiba-tiba bertukar kepada sukan golf! -- Dimana Alcaraz memuji aksi Holland.
Iklan
'I saw you play golf, good swing!' Ujar Alcaraz.

'We should play..' balas Tom.
Temu janji dalam perancangan nampaknya ni. Alcaraz, walaupun berada di bawah tekanan bermain dalam saingan semasa perkara itu berlaku masih mesra mengajak Tom bermain golf bersama.
Kehadiran Tom di Wimbledon juga menunjukkan satu trend yang semakin popular -- gabungan selebriti dan atlet profesional di acara sukan besar.
Alcaraz pula membuktikan bahawa dia boleh mengimbangi prestasi elit di gelanggang dengan suasana santai di luar gelanggang.
Must-Watch Video



