Skip to main content

Rencana

Aaron Niguez Sertai Harimau Selatan!

aaron.jpg
Sejak tamatnya saingan Piala Malaysia akhir bulan Oktober lalu, Johor Darul Ta'zim (JDT) merupakan satu-satunya pasukan yang begitu teruja mempersiapkan skuad bagi mengharungi musim baru 2019 nanti. 

Dengan menjadikan media sosial sebagai tempat menyalurkan maklumat, JDT dilihat begitu agresif untuk saingan musim hadapan. Masakan tidak, musim 2019 selain dari saingan tempatan, JDT mahu memberikan tumpuan kepada Kejohanan Liga Juara-Juara Asia (ACL).

Pemain-pemain muda seperti  Safawi Rasid, Haziq Nadzli dan Syamer Kutty kekal bersama JDT sehingga 2022. Namun terdapat juga beberapa pemain tonggak utama sudah pun dilepaskan awal bagi memudahkan mereka mencari destinasi baru  seperti bekas ketua pasukan JDT, Safiq Rahim , yang kini dikaitkan dengan pasukan dari lembah Klang. 

Selain itu, kemasukan pemain baru ke dalam skuad JDT menarik perhatian Dayang. Terbaru, JDT berjaya mendapatkan penyerang dari Sepanyol, Aaron Niguez.

Berusia 29 tahun, Niguez merupakan produk akademi Valencia dan pernah beraksi bersama pasukan seperti Celta Vigo, dan Glasgow Rangers. Apa yang menarik perhatian Dayang, Niguez juga mewakilli pasukan remaja Sepanyol untuk kategori B-16, B-17, B-19, B-20 dan B-21, cuma mungkin selepas dari itu namanya tenggelam  dan tidak terpanggil mewakili   skuad senior Sepanyol.

Jika sebelum ini JDT membawa masuk Mauricio dos Santos Nascimento bagi menggantikan Marcos Antonio, Niguez pula bermain di posisi penyerang selain mampu beraksi di posisi sayap kanan dan kiri. 

Perkembangan ini sudah pasti menggembirakan seluruh peminat setia JDT kerana mereka sering sahaja dihadiahkan dengan kehadiran bintang-bintang popular seperti Pablo Aimar, Jorge Pereyra Diaz dan Daniel Guiza.

Advertisement

Must Watch Video