Skip to main content

Bola Sepak

Zielinski teruja dibandingkan dengan De Bruyne

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

piotr-zielinski_1cjmm1fgtgar61njzfhfjiku9v.jpg
Pemain tengah Napoli, Piotr Zielinski, melahirkan rasa teruja dibandingkan dengan Kevin De Bruyne sambil menamakan rakan sepasukan dan kapten, Marek Hamsik, sebagai rujukannya.

Pengurus Napoli, Maurizio Sarri, berpendapat Zielinski memiliki corak permainan seperti De Bruyne dan Ketua Persatuan Bolasepak Poland, Zbigniew Boniek, menyifatkan pemain berusia 23 tahun itu mempunyai persamaan teknikal dengan bintang tengah Manchester City itu.

Prestasi hebatnya membolehkan Napoli mempunyai kelebihan empat mata berbanding Juventus di puncak Serie A.

"Saya berterima kasih kepada Sarri tetapi sedar perlu terus meningkat untuk mencapai tahap terbaik.

"Satu penghormatan buat saya untuk disamakan dengan pemain seperti De Bruyne kerana dia adalah salah seorang yang terbaik di dunia. Saya lebih gemar menamakan Hamsik sebagai pemain yang sentiasa menarik minat saya. Satu hari nanti, saya mahu menjadi sepertinya," kata Zielinski.

Hamsik kini merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman buat Napoli, termasuk 99 gol dalam Serie A, selepas melepasi rekod yang dipegang Diego Maradona, sekali gus muncul watak utama dalam membantu Napoli untuk meraih kejuaraan Scudetto pertama sejak 1990.

"Ia adalah impian seluruh kota Naples.

"Kini, kami perlu fokus untuk aksi esok menentang AS Roma. Kami mempunyai baki 12 perlawanan dan akan memberikan segalanya untuk menjulang trofi liga," katanya lagi.
 

Advertisement

Must Watch Video