Pengendali Real Madrid, Zinedine Zidane, menganggap penyerangnya, Cristiano Ronaldo, seorang pemain yang istimewa dan bukan berasal dari bumi.
Ronaldo yang kini berusia 32 tahun meraih kempen yang hebat pada musim lalu, menjaringkan 42 gol dalam kesemua kejohanan serta membantu pasukan menjuarai LaLiga dan Liga Juara-Juara Eropah (UCL).
Zidane juga melahirkan rasa bangga apabila memiliki pemain hebat seperti Sergio Ramos dan Karim Benzema di dalam pasukannya.
"Ramos adalah seorang ketua, Ronaldo dari planet lain dan Benzema memiliki bakat semulajadi," kata Zidane.
Zidane berjaya merancang had bermain untuk Ronaldo pada musim lalu selepas menurunkan penyerang Portugal itu sebanyak 29 kali sahaja di peringkat liga, sekaligus menjadi jumlah paling sedikit buat Ronaldo sejak menyertai Los Blancos pada musim 2009/10.
"Mudah untuk meyakinkan Ronaldo. Dia seorang pemain yang bijak dan tahu tahap kebolehan dirinya. Dalam masa sama, dia sentiasa memberi dorongan kepada rakan sepasukan. Ronaldo adalah pemain terbaik."
Real Madrid bakal bertemu Levante dalam aksi LaLiga esok dan Zidane mengharapkan kawalan bola yang tinggi daripada pemain-pemainnya dan mengekalkannya walaupun ketika menentang musuh tradisi, Barcelona.
"Kami memiliki ramai pemain hebat, jadi saya mahu mereka beraksi dengan baik.
"Saya mahu melihat corak permainan bola sepak yang terbaik dan memiliki kadar pengawalan bola yang lebih tinggi berbanding lawan walaupun ketika bertemu Barcelona," tambahnya.