Skip to main content

Bola Sepak

Zidane laung Ronaldo pemain terbaik dunia

ronaldo-140917.jpg
Zinedine Zidane mengulangi betapa pentingnya kelibat Cristiano Ronaldo selepas penggempur itu menamatkan keraguan jentera serangan Real Madrid dengan dua golnya dalam kemenangan 3-0 dalam Liga Juara-Juara ke atas APOEL, awal pagi tadi. 

Biarpun masih digantung lima perlawanan kerana menolak pengadil dalam aksi Supercopa de Espana bulan lalu, Ronaldo tidak mempamerkan petanda keupayaannya berkarat untuk melebarkan rekod jaringannya di pentas Eropah kepada 107 gol. 

Kepulangan pemenang Ballon d'Or itu tepat buat Madrid berikutan Karim Benzema bakal diketepikan sekurang-kurangnya sebulan akibat masalah paha. 

"Dia pemain terbaik dunia," kata Zidane kepada beIN Sports.

"Dia pasti akan melakukannya ketika kami memerlukannya. Dia pasti menjaringkan empat gol pada hari ini jika dia lebih bertuah. 

"Dia adalah pemain tunjang buat kami dan saya harap dia akan meneruskannya."

Zidane turut membicarakan kepentingan Gareth Bale selepas pemain sayap Wales itu diejek oleh penyokong di Santiago Bernabeu sejurus digantikan pada minit ke-82. 

Bale mencipta peluang buat gol pertama Ronaldo dan Zidane mempertahankan pemain itu. 

"Bale mempunyai keupayaan untuk bermain di pelbagai posisi dan di bahagian kiri, dia mampu melakukannya dengan baik juga," ujar pengurus berbangsa Perancis itu. 

"Dia mempamerkan fleksibilitinya. Kami memulakan permainan dengan gandingan Ronaldo dan Bale sebelum dia memainkan peranan berbeza. Secara keseluruhannya, saya berasa sangat senang hati, lebih-lebih lagi dengan separuh masa kedua."

 

Advertisement

Must Watch Video