Skip to main content

Bola Sepak

Zainal: Pemain harus bijak guna peluang

zainal-abidin-hassan-150717.jpg
Jurulatih Pulau Pinang, Zainal Abidin Hassan, mengingatkan anak-anak buahnya untuk memanfaatkan peluang sebaik mungkin bagi memastikan mereka mampu membawa pulang mata penuh daripada aksi Liga Super menentang Melaka United, malam ini.

Liga Super kini hanya berbaki tujuh lagi perlawanan dan Pulau Pinang semakin terdesak untuk memburu mata agar dapat keluar daripada zon penyingkiran.

Ia nyata satu cabaran yang amat sukar kerana mereka ketika ini sekadar mengutip enam mata dan dibezakan lapan mata berbanding PKNS FC yang menduduki tempat ke-10.

Kekalahan 0-2 di tangan PKNS FC, Selasa lalu, menambahkan lagi tekanan buat skuad Harimau Kumbang dan Zainal sendiri mengakui kegagalan pemainnya mencipta jaringan jelas membimbangkan.

Justeru, sentuhan pemain antarabangsa Filipina, Mark Hartmann, menjadi sandarannya untuk mengecewakan MU yang berada satu tangga di atas Pulau Pinang dalam carta liga.

"Kali ini bermain di Melaka dan seperti saya selalu katakan, peluang masih ada.

"Apa yang penting, usaha perlu sentiasa dilakukan, malah perlu digandakan untuk meraih kemenangan," ujar Zainal.

Sementara itu, MU mahu mengelak kekalahan berturut-turut di laman sendiri selepas kecundang kepada Kedah, sebelum ini.

Skuad kendalian Eduardo Almeida itu akan diperkuatkan semula dengan kehadiran pemain pertahanan, Jasmin Mecinovic, yang menjalani penggantungan satu perlawanan sebelum ini selain mempertaruhkan ketajaman penyerang, Marko Simic, di hadapan gawang lawan.

"Tidak dinafikan Simic memainkan peranan dalam meningkatkan prestasi pasukan Melaka. Namun, harus diingat, dia seorang pemain yang bercorak berpasukan.

"Jadi, apa yang penting adalah prestasi menyeluruh pasukan dan bukan hanya di bahu Simic semata-mata," kata Almeida.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video