Skip to main content

Bola Sepak

Zainal Abidin sahut peluang kedua pacu Penang FC

zainal-abidin.jpg
Selepas empat tahun, Zainal Abidin Hassan berikrar menggunakan kesempatan kedua disahkan sebagai ketua jurulatih baru hari ini untuk menyelamatkan nasib Penang.

Bekas pengendali Melaka United itu kembali diberi kepercayaan untuk menyelamatkan kempen Harimau Kumbang berikutan pemecatan Tomas Trucha gara-gara menduduki tangga tercorot selepas lapan perlawanan Liga Super musim ini. 

"Saya kena lipat gandakan usaha dan juga mendapatkan barisan teknikal. Yang paling penting menyatukan pemain untuk memberikan mereka keyakinan bagi menjalankan tugas dengan baik.

"Penang mempunyai skuad yang baik untuk memberikan tonik buat melaksanakan misi dan visi pasukan. 

"Cabaran di Penang paling saya gemari kerana masih ada tugas di sini dulu yang belum tamat. 

"Ini peluang terbaik saya untuk membuktikan sesuatu buat Penang," katanya. 




Menjelang pertemuan dengan Petaling Jaya (PJ) City 18 Jun ini, Penang giat menjalani persiapan termasuk diuji skuad Sukan Malaysia (Sukma) Pulau Pinang petang tadi, selain menuju ke Stadium UiTM, Shah Alam untuk perlawanan persahabatan menentang Selangor.

"Kami perlu baiki kedudukan. Sebagai jurulatih saya telah buat kerja rumah untuk perbaiki kedudukan tetapi saya tidak boleh kata akan bermain menyerang atau sebagainya.

"Untuk peningkatan dan memperbaiki kedudukan, kami memerlukan kemenangan. 

"Saya memerlukan sokongan yang baik daripada penyokong dan paling penting adalah pemain-pemain kerana ia titik tolak untuk kami mara ke hadapan. 

"Saya akan perbaiki pasukan untuk mereka bersedia dalam perlawanan," katanya.  


 

Advertisement

Must Watch Video