Skip to main content

Bola Sepak

Zainal Abidin percaya Pahang akan buat comeback

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

zainal-abidin-hassan.jpg
"Menyedihkan tapi Sri Pahang akan buat kemunculan semula."

Legenda bola sepak negara, Datuk Zainal Abidin Hassan, menyifatkan keputusan muktamad Sri Pahang menarik diri daripada Liga Malaysia (Liga-M) musim ini sebagai sesuatu yang amat menyedihkan.

Dalam temu bual bersama wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, bekas pemain dan jurulatih Tok Gajah itu  percaya kelab berkenaan tidak akan mengambil masa untuk kembali semula ke kancah bola sepak tempatan.

"Saya begitu sedih terutama sebagai pemain, saya begitu lama di Pahang dan saya adalah pemain pertama yang memenangi Piala Malaysia bersama Pahang pada 1983, tahun pertama saya berhijrah dan saya keluar pada 2016. 

"Saya mengenali penyokong Pahang, daerah-daerah mereka memang menyayangi bola sepak Pahang. 

"Saya percaya suatu hari nanti Pahang akan kembali berada dalam kalendar bola sepak Malaysia," katanya. 

Sri Pahang sah menarik diri meskipun diberikan Lesen Kebangsaan oleh First Instance Body (FIB). 

Menurut kenyataan Malaysia Football League (MFL) semalam, kelab berkenaan menghantar surat pengesahan bertarikh 16 Jun lalu.bagi memaklumkan keputusan menarik diri daripada menyertai sebarang pertandingan musim ini.

Ini bermakna, Liga-M yang akan bermula 8 Ogos depan hanya akan disertai oleh 13 pasukan.

Zainal pada hari ini meluangkan masa menghadiri Klinik Bola Sepak Akademi WRA bagi menyuntik semangat dan memberi dorongan kepada bakat-bakat muda.




Klinik yang diadakan di Stadium MPAJ oti dan diterajui Pengarah Teknikal WRA, Omar Ali, ini disertai lebih 100 peserta daripada pelbagai peringkat umur.

"Hari ini kami bermula dari akar umbi, memberikan pendedahan bersama legenda bola sepak dan pengurusan yang akan melihat kejayaan. 

'Kami berharap usaha menyediakan kemudahan dan program hari ini ini dapat melahirkan pemain tempatan berkakat," kata Timbalan Yang Dipertua  MPAJ, TS. Hasrolnizam Shaari.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Topik Berkaitan

Must Watch Video