Skip to main content

Bola Sepak

Yves Bissouma teruja bawa cabaran Tottenham dalam UCL

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bissouma.jpg
Tottenham menyempurnakan pembelian pemain tengah Brighton & Hove Albion, Yves Bissouma, dengan bayaran yang dilaporkan sebanyak £25 juta (RM134.5j).

Pemain berusia 25 tahun itu bersetuju menandatangani perjanjian selama empat tahun dengan pasukan kendalian Antonio Conte tersebut, malam tadi. 

Conte dilaporkan menuntut jaminan daripada Pengerusi Tottenham, Daniel Levy, bahawa pasukannya akan berbelanja agar dapat berdaya saing dengan pasukan seperti Manchester City, Liverpool dan Chelsea memandangkan mereka layak ke Liga Juara-Juara (UCL).

Hasrat pengurus Itali itu kemudian dikabulkan termasuk mengikat bintang berpengalaman dari Croatia, Ivan Perisic, dan penjaga gol simpanan, Fraser Forster, yang menyertai kelab London berkenaan terlebih dahulu. 

“Saya sangat gembira untuk berada di sini, gembira menjadi pemain Spurs dan semoga kami akan mengharungi musim yang baik,” katanya. 

“Saya akan memberikan segala-galanya untuk memenangi setiap perlawanan, kekal di puncak.

 

"Tetapi, seperti semua orang tahu, saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) bukan mudah. ​​Kami akan bekerja keras untuk mengekalkan cita-cita yang tinggi.

"Kami mempunyai sebuah kumpulan yang bagus dan jurulatih yang hebat, semua orang mengenalinya. Saya tahu saya boleh melepasi rintangan ini bersamanya. Saya tahu dia akan banyak membantu saya untuk menjadi apa yang saya mahukan sambil cuba membantu pasukan. Saya sangat gembira berpeluang bermain di bawah kendaliannya. 

"Adalah menjadi impian saya untuk bermain dalam UCL. Saya masih ingat ketika masih muda, saya menonton UCL setiap hari. Saya masih tidak percaya bahawa saya akan beraksi dalam UCL bersama Spurs.

"Saya dilahirkan di Ivory Coast, di kampung ayah saya. Ketika kanak-kanak bola sepak adalah hidup saya, saya mahu bermain bola sepak setiap hari, setiap saat. Jika saya tidak bermain bola sepak, saya tidak gembira.

"Kami hanya berkaki ayam bermain di jalanan bersama rakan-rakan. Tetapi kami menikmati saat itu, saya masih muda, begitu juga kawan saya. Ia adalah sebahagian daripada hidup saya. Saya gembira.

"Saya telah melangkah jauh, dari Issia ke Spurs, bayangkan ketika muzik UCL berkumandang, emosinya menjadi meluap-luap."

 

Advertisement

Must Watch Video