Skip to main content

Bola Sepak

Yang akan mati dulu saya...

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

fergius.jpg
Pemain muda Harimau Malaya, Muhammad Abu Khalil dan Fergus Tierney, bersama dalam satu sesi wawancara 'Tanya Harimau Malaya' yang mencuri tumpuan bersama Malaysia NT.

Mereka berkongsikan beberapa pandangan dan perkara mencuit hati seperti pengalaman ketika berada di Thailand dan idola mereka dalam skuad senior bola sepak negara.

Ketika diberikan satu situasi iaitu serangan 'zombie', mereka berkata: "Yang akan dimakan terlebih dahulu memang Muhamad (Abu Khalil), dan yang akan bertahan paling lama mungkin Dominic Tan." katanya Tierney.

Malah, Muhamad Abu Khalil dalam nada gurauan pula berkata: "Yang akan mati dulu saya, yang bertahan Junior Eldstal." ujarnya.






Dalam pada itu, pemain muda berusia 20 tahun kelahiran Kuala Pilah itu turut menjelaskan figura Syamer Kutty Abba merupakan idolanya dalam skuad senior.

"Cita-cita saya mahu jadi juruterbang sebenarnya, tetapi jika tiada bola sepak saya mahu main takraw. Saya harap penyokong terus menyokong kami untuk pergi lebih jauh lagi. Mari sokong pasukan negara kita." tambahnya.

Skuad kebangsaan bakal turun berdepan Cape Verde yang berada di ranking ke-72 dunia dalam perlawanan persahabatan Tier A pada 29 Mei ini di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.

Advertisement

Must Watch Video