LALIGA
Xavi label Gavi masa depan Barcelona
BARCELONA 3 ELCHE 2
Xavi menyifatkan pemain tengah, Gavi, sebagai masa depan Barcelona selepas persembahannya dalam kemenangan 3-2 LaLiga ke atas Elche, awal pagi tadi.
Pasukan Catalan itu meraih kemenangan ketiga mereka sejak Xavi mengisi jawatan pengurus, namun mereka terpaksa bekerja keras untuk meraih kemenangan di Camp Nou berkenaan.
Iklan
Anak buahnya mendominasi separuh masa pertama yang menyaksikan mereka memasuki bilik persalinan dengan pendahuluan 2-0 menerusi tandukan Ferran Jutgla sebelum Gavi membuka akaun jaringannya di Barca dengan larian dan penyudah solo yang menakjubkan.
Pemain berusia 17 tahun itu menjadi pemain termuda yang menjaringkan gol dalam LaLiga musim ini untuk mengatasi pemain Real Madrid, Eduardo Camavinga, 18, dan pemain ketiga termuda Barca untuk mencetak jaringan dalam liga utama Sepanyol abad ini.
Elche menghasilkan kebangkitan dalam babak kedua apabila Tele Morente dan Pere Milla menyumbat gol dalam tempoh seminit, secara tidak langsung menamatkan penantian 43 tahun untuk jaringan ke atas Blaugrana dalam kancah itu.
Ia memerlukan penyudah hebat daripada pemain gantian, Nico Gonzalez, bagi memastikan mata penuh dipungut, sekali gus membawa Barca menghampiri kedudukan empat teratas dengan dijurangkan tiga mata.
Gavi yang berada di kemuncak prestasinya apabila menyempurnakan kesemua 35 hantarannya dalam separuh masa pertama selain menghasilkan bantuan jaringan untuk gol kemenangan Nico di penghujung permainan.

Xavi berkata mengenai bintang yang semakin meningkat itu: "Sungguh mengagumkan untuk memilikinya, bagaimana dia bersaing, apa yang dia cipta, gol, bantuan. Dia hebat, dia adalah masa depan kelab ini.
"Gavi teruja dengan cara dia bermain dan bersaing, ia fakor yang cukup bernilai bagi seorang jurulatih."
Must-Watch Video