AC MILAN 2 NAPOLI 0
Krzysztof Piatek berikrar kepada peminat AC Milan bahawa masih ada banyak lagi sumbangan yang boleh ditawarkannya selepas meledak dua gol ketika turun buat kali pertama dalam kesebelasan pasukan itu untuk merakamkan kemenangan 2-0 ke atas Napoli dalam aksi suku akhir Coppa Italia.
Selepas membuat penampilan sulung dari bangku simpanan ketika seri tanpa jaringan menentang Napoli dalam Serie A hujung minggu lalu, penyerang itu memanfaatkan peluang beraksi dari awal permainan menentang lawan yang sama, awal pagi tadi.
Pemain Poland itu membuktikan sengatnya apabila menyumbat kedua-dua gol dalam aksi di San Siro itu untuk memastikan Milan membuat penampilan ketiga dalam final dalam tempoh empat tahun.
Selepas tiba daripada Genoa, pemain berusia 23 tahun itu yakin dia mampu meneruskan rentak jaringan bersama Rossoneri -- setelah membayar yuran €35 juta (RM164.4j) bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Gonzalo Higuain.
"Saya sememangnya menjangka aksi seperti ini, saya berpesan kepada diri sendiri bahawa saya sudah bersedia dan saya berjaya menyumbat dua gol tetapi ini hanyalah permulaan," kata Piatek kepada Milan TV.
"Kedua-dua jaringan itu adalah hebat walaupun setiap satunya berbeza. Sebelum perlawanan, saya sempat bercakap dengan Diego Laxalt dan Fabio Borini dengan meminta mereka agar memberikan saya bola tinggi dan hantaran jauh kerana saya lebih menggemarinya.
"Dalam pembikinan gol kedua, saya terpaksa mengatasi (Kalidou) Koulibaly dan ia berlaku dengan lancar. Saya sudah memikirkan tentang perlawanan seterusnya menentang Roma dan berharap keserasian dengan rakan sepasukan akan menjadi semakin mantap.
"Saya berasa bagus dan bermain hebat di San Siro malam ini."
Gennaro Gattuso berpendapat kelibat Piatek membezakan kedua-dua pasukan -- pengurus Milan itu amat kagum dengan gol kedua penyerang berkenaan.
Setelah memecah kebuntuan perlawanan, Piatek menghidu peluang dengan baik untuk menghukum pertahanan tengah, Koulibaly, apabila meluru dari sebelah kiri sebelum melepaskan rembatan yang melepasi jangkauan penjaga gol Napoli, Alex Meret.
"Gol kedua itu luar biasa," kata Gattuso kepada Rai Sport. "Dia merupakan penyerang yang luar biasa dan sudah pasti kami gembira untuk memilikinya.
"Semua orang melaksanakan tugas mereka hari ini dengan baik tetapi Piatek yang membuat perbezaan."