LIGA INGGERIS
Wilson tinggalkan Liverpool demi sertai Fulham
Harry Wilson menamatkan hubungan 16 tahunnya dengan Liverpool untuk menyertai pasukan Liga Kejuaraan, Fulham, menjelang musim 2021-22.
Wilson -- yang menandatangani kontrak untuk berada di Craven Cottage sehingga 2026 -- mula menyertai The Reds sewaktu berusia sembilan tahun.
Pemain berusia 24 tahun itu hanya dapat melakukan dua penampilan bersama pasukan utama Jurgen Klopp dan lebih banyak menghabiskan empat musim lalu secara pinjaman.
Iklan
Selain pernah mewakili Crewe Alexandra dan Hull City, dia juga pernah menempa nama sewaktu dipinjamkan kepada Derby County dalam musim 2018-19.
Fulham turut mengumumkan ketibaan penjaga gol baru, Paulo Gazzaniga, selepas pemain berusia 29 tahun itu meninggalkan Totteham bulan lalu.
— Fulham Football Club (@FulhamFC) July 24, 2021
Must-Watch Video