Skip to main content

Bola Sepak

Wenger enggan gusar dengan rekod buruk di Stamford Bridge

arsene-wenger-cropped_1t97oi4yurwvmzhyv0xc5fbeb.jpg
The Gunners tidak pernah melakar kemenangan di Stamford Bridge sejak Oktober 2011 apabila Robin van Persie meledak hatrik dalam aksi yang berkesudahan 5-3 ketika itu.

Wenger juga tewas dalam dua aksi di laman lawan musim ini, sekaligus menghuni tangga ke-11 liga selepas empat perlawanan.

Enggan memandang ke belakang, Wenger mahu fokus terhadap kejayaan meraih Piala FA dan Perisai Komuniti selepas mengetepikan cabaran skuad kendalian Antonio Conte itu.

"Hakikatnya, dalam tempoh beberapa tahun ini, Chelsea sentiasa memiliki pasukan yang bagus," Wenger memberitahu wartawan selepas kemenangan ke atas FC Cologne.

"Sememangnya sukar untuk menang di Stamford Bridge tetapi rekod kami menentang Chelsea sentiasa baik.

"Kami memenangi final Piala FA dan Perisai Komuniti, jadi kami hanya akan memberi fokus terhadap kualiti permainan kami dan bukannya di mana kami akan bermain.

"Saya tidak percaya dengan kelebihan bermain di tempat sendiri. Saya percaya setiap padang memiliki keluasan 105 meter panjang dan 68 meter lebar, jadi saya tidak pernah faham mengapa ia berbeza daripada bermain di tempat sendiri.

"Segala-galanya terletak kepada keazaman untuk menang, tidak kira di mana kamu bermain. Inilah bola sepak."

Wenger merehatkan Mesut Ozil dan Aaron Ramsey berdepan Cologne tetapi percaya gandingan itu bakal turun beraksi di Stamford Bridge.

 

Advertisement

Must Watch Video