Danny Welbeck menjaringkan gol pada masa kecederaan ketika Brighton and Hove memperoleh seri 1-1 dengan Chelsea di Stamford Bridge awal pagi tadi.
Romelu Lukaku meneruskan rentak cemerlang selepas meledak gol pertama sejak September ketika merakamkan kemenangan 3-1 ke atas Aston Villa dan kelihatan sekali lagi membantu pasukan memperoleh dua kemenangan berturut-turut menerusi jaringan yang disumbat pada minit ke-29.
Brighton menggunakan peluang sebaik mungkin dalam separuh masa kedua untuk memastikan kedua-dua pasukan berkongsi mata apabila pemain gantian, Welbeck menanduk masuk gol mengatasi Edouard Mendy sebelum tamat perlawanan.
Gol itu bermakna Chelsea naik ke tangga kedua di atas Liverpool tetapi hanya dengan satu mata, manakala Brighton naik ke tangga ke-10.

11 - Chelsea have dropped 11 points from leading positions in the Premier League this season - more than they did in the whole of last season (10). Slip. #CHEBHA
— OptaJoe (@OptaJoe) December 29, 2021