Skip to main content

Bola Sepak

Wan Mustaffa lega dengan komitmen Akanni,Dong Hyun

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

wan-mustaffa.jpg
Jurulatih UITM, Wan Mustaffa Wan Ismail, menjelaskan kedua-dua ayam tambatan importnya, Do Dong Hyun dan Akanni Sunday Wasiu yang sebelum ini dikhabarkan menarik perhatian beberapa pasukan dalam Liga Malaysia, akan kekal bersama skuad itu sehingga hujung musim.

Gandingan Akanni dan Dong Hyun berjaya bantu UITM untuk melayakkan diri ke saingan Piala Malaysia buat pertama kali dalam sejarah penubuhan kelab itu, di samping ketajaman mereka apabila berada di hadapan gawang.

Justeru, ia menarik perhatian untuk beberapa pasukan lain memikat mereka ketika perpindahan jendela yang dibuka sejak 15 Mei lalu.

Wan Mustaffa jelaskan, kedua-dua pemain itu telah memberi kata dua akan terus menabur bakti bersama skuad itu, sehingga mereka tamat kontrak musim ini sekaligus beri kelegaan buat untuk mengharungi baki saingan Liga Perdana dan Piala Malaysia.

"Alhamdulilah, saya telah diberi keyakinan oleh kedua-dua pemain ini bahawa mereka akan kekal. Mereka berjanji tidak akan kemana-mana walaupun ada tawaran.

"Mereka berasakan lebih baik mereka tamatkan kontrak bersama UITM untuk baki tiga bulan ini dan pada masa sama membawa pasukan ke tahap yang lebih tinggi," Ujar Wan Mustaffa.

Sesi latihan skuad UITM yang bersambung pada Selasa dalam bulan Ramadhan menyaksikan kesemua pemain sudah melaporkan diri termasuk Akanni.

Cuma kelibat Dong Hyun tidak kelihatan kerana dikhabarkan masih belum pulang dari Korea Selatan.

"Kami masih terikat dengan kontrak bersama UITM, saya tahu jendela perpindahan sudah dibuka dan saya berserah sahaja tetapi seperti saya katakan, saya masih ada kontrak bersama mereka," jelas Akanni. 
 

Advertisement

Must Watch Video