Skip to main content

Bola Sepak

Wan Mustafa harap Dong Hyun, Akanni kekal bersama UiTM

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

8517.jpg
Selepas mencuri perhatian dengan mencipta sejarah layak ke saingan Piala Malaysia 2017, pengendali UiTM, Wan Mustafa Wan Ismail, gusar apabila beberapa pasukan mula mahu memancing dua awang importnya, Do Dong Hyun dan Akanni Sunday Wasiu.

Dong Hyun dan Akanni adalah antara nadi pasukan UiTM musim ini.

Mereka berjaya membantu UiTM dengan muncul antara peledak utama dalam saingan Liga Perdana.

Namun, menjelang jendela perpindahan pemain yang akan dibuka 15 Mei ini, Wan Mustafa mengakui beliau tidak gemar apabila beberapa pasukan sudah mula merisik dengan berhajat mendapatkan khidmat Dong Hyun dan Akanni.

"Jendela perpindahan kali ini, kami akan memberikan tumpuan kepada pembangunan pasukan. Jika kami perlu mendapatkan pemain, kami akan mengambil dalam kalangan pelajar," kata Wan Mustafa.

Bagi pihak Dong Hyun dan Akanni, mereka sudah pun mengadakan perbincangan bersama Wan Mustafa mengenai status mereka, namun belum memberikan kata putus.

Jika mereka bersedia untuk meninggalkan pasukan UiTM, Wan Mustafa perlu segera mencari pengganti sesuai di bahagian serangan, apatah lagi mereka akan beraksi dalam saingan Piala Malaysia, Julai depan.

"Apa sahaja boleh berlaku di masa akan datang, saya sangat selesa bersama UiTM. Saya hanya memberikan tumpuan untuk aksi akan datang," kata Dong Hyun.

"Sifat kekeluargaan di dalam pasukan UiTM menarik minat saya. Buat masa ini, saya akan terus menabur bakti kepada pasukan ini," ujar Akanni pula.

Advertisement

Must Watch Video