Bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali, berkongsikan pandangan bahawa sudah tiba masanya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Harimau Malaya dipimpin oleh individu yang tepat iaitu Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) itu merupakan figura yang tepat memandangkan kejayaanya memacu Harimau Selatan 'menggegar' pentas Asia.
Sebelum ini, baginda tidak menolak sangkaan bahawa bola sepak Malaysia mengalami masalah oleh beberapa individu yang sedang mengemudi FAM dengan mendedahkan segelintir individu tersebut tidak mempunyai visi yang jelas dalam badan induk itu.
"Ini adalah waktu yang tepat. Berdasarkan pengalaman dan apa yang sudah dicapai oleh Tuanku, saya rasa figura seorang yang mengetahui dan faham industri bola sepak tempatan yang paling tepat adalah TMJ.
"Rekod JDT, fasiliti dan cara pengurusan dapat dilihat secara jelas dengan fakta. Tidak pernah ada tunggakan gaji semangat juang yang tinggim latihan dengan intensiti tinggi membuahkan hasil.
"Bukan setakat peringkat liga tempatan sahaja, di Asia malahan seluruh dunia sudah mengenali JDT. Fakta!" katanya menerusi laman Instagram.
Saufi Tahir
Mon Nov 04 2024