David Wagner berasakan Huddersfield Town dinafikan jaringan gol kedua apabila pasukannya terpaksa akur dengan keputusan seri 1-1 berdepan Leicester City, semalam.
Selepas babak pertama berakhir hambar, Laurent Depoitre menandakan penampilan pertamanya dalam kesebelasan utama dengan meletakkan The Terriers di depan pada minit ke-46, sebelum Jamie Vardy menyamakan kedudukan tidak lama kemudian.
Huddersfield berjaya menyumbat gol kedua tetapi penjaga garisan mendapati Elias Kachunga berada dalam kedudukan ofsaid ketika dia menanduk masuk ke gawang lawan hasil rembatan Zanka.
Ulang tayang menunjukkan kaki Kachung mungkin sedikit ofsaid tetapi Wagner berasakan pengadil melakukan kesilapan.
"Saya kecewa dengan satu mata ini. Penjaga garisan membuat keputusan yang tidak tepat kerana jelas kami menjaringkan gol kedua," dia memberitahu BBC Sport.
"Setiap pemain mempamerkan aksi terbaik.
"Saya kecewa dengan keputusan tidak tepat ini. Pada pandangn saya, dia jelas berada dalam kedudukan onsaid."
Sementara itu, Wagner gembira dengan persembahan Depoitre.
"Dia bermain dengan baik. Gerakannya juga bagus," tambahnya.
"Dia melakukan tugasnya seperti yang kami jangkakan.
"Kami lega kerana memiliki seorang lagi pemain penyerang."
Pada masa sama, pengendali Leicester, Craig Shakespeare, mengakui mereka bernasib baik dapat pulang dengan tiga mata.
"Dalam babak pertama, kami bukan pasukan yang mendominasi perlawanan," katanya.
"Bertandang ke laman lawan tetapi pulang dengan satu mata memuaskan hati saya.
"Meskipun kami pernah beraksi lebih baik sebelum ini, namun kami perlu tetap berpuas hati."